e-Risalah USIM - Edisi Ogos 2022

kedaulatan seterusnya menanamkan jiwa merdeka tanda berbelah bagi. Menurut Profesor Diraja Ungku Aziz selaku tokoh pendidikan dan ekonomi terulung negara, “Patriotisme tidak harus dipandang sepi oleh rakyat sehingga rasa kesetiaan kepada negara sekadar ungkapan dan tanggungjawab yang hanya terletak di atas bahu pemimpin lapisan pertama iaitu Perdana Menteri semata”. Oleh itu, semangat ini perlu didasari kesedaran sivik sebagai tanggungjawab warganegara merdeka agar pembangunan jati diri dan identiti masyarakat dikekalkan. Pembangunan negara yang kian pesat tidak seharusnya menjadi alasan rakyat Malaysia untuk mengetepikan aspek moral, etika dan akhlak dalam mewarnai sambutan bulan kemerdekaan yang menjadi tonggak penanda aras kesetiaan individu dan masyarakat terhadap negara. Ironinya, patriotisme boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu patriotisme peribadi dan patriotisme rasmi. Kesedaran sivik akan memastikan nilai patriotik terpelihara, seperti menghormati bendera, berpegang kepada rukunegara, meraikan simbolik sambutan kemerdekaan dan istiadatnya. Selain itu, masyarakat akan lebih bersemangat untuk mempamerkan bendera, menyanyi lagu kebangsaan, menyertai perhimpunan kemerdekaan yang diadakan secara beramai- ramai, meletakkan pelekat patriotik pada kenderaan, atau apa-apa cara sekalipun untuk menyatakan kesetiaan kepada negara pada peringkat umum dengan penuh rasa tanggungjawab sebagai warganegara Malaysia yang merdeka. Usaha yang berterusan melibatkan pelbagai pihak dilihat mampu menyuburkan semangat kemerdekaan sedia ada dalam meraikan kemerdekaan melalui integrasi nasional antara wilayah, suku kaum, budaya, agama dan kepercayaan melalui rentetan sejarah serta perjuangan tokoh- tokoh negara semasa berjuang menentang penjajahan dan membina sebuah negara bangsa yang berdaulat dan bermaruah seperti yang berjaya dikecapi pada hari ini. Sentiasa menghargai dan mensyukuri nikmat keamanan dan keharmonian masyarakat Malaysia adalah salah satu cara bagaimana kita menyuburkan semangat patriotisme dan cinta kepada negara sebagaimana memupuk semangat Keluarga Malaysia. K emerdekaan adalah satu istilah yang sudah difahami maksudnya oleh setiap golongan masyarakat. Malah anak-anak kecil yang berada di pra sekolah juga sudah didedahkan dengan makna sebuah kemerdekaan. Hari Kemerdekaan yang disambut saban tahun pada peringkat kebangsaan lebih kepada mengimbau kemerdekaan negara yang telah dikecapi sejak tahun 1957 lagi. Kerana sebuah kemerdekaan, Malaysia sudah mencipta pelbagai kejayaan besar dan rakyat jelata telah menikmati kehidupan yang sejahtera dan harmoni. Daripada sebuah negara pertanian tanpa peralatan canggih, Malaysia telah menelusuri kejayaan dan perkembangan dalam pelbagai bidang termasuk ekonomi dan teknologi. Hari ini Malaysia mampu berdiri sebagai sebuah negara berdaulat yang merdeka dan maju dalam sektor pelbagai dan rakyatnya yang terdiri daripada masyarakat majmuk dapat hidup penuh harmoni tanpa sebarang sengketa. Akan tetapi, dalam kita menikmati kehidupan yang merdeka, semakin maju negara, semakin ramai rakyatnya yang menderita dan dibelenggu pelbagai masalah sosial kerana kepesatan dan kemajuan sesebuah negara itu. Malaysia tidak terkecuali. Kita dapat lihat hari ini betapa ramai rakyat Malaysia yang menghadapi pelbagai masalah sosial dan keadaan semakin parah jika tidak ada pengurusan yang baik bagi menangani segala penyakit sosial yang membelenggu dan mengikat jiwa rakyat di dalam sebuah negara yang merdeka. Kemerdekaan itu tidak dapat ditafsirkan secara komprehensif jika sebahagian rakyat menderita kerana dijajah oleh pelbagai penyakit sosial. Masih ramai dalam kalangan rakyat Malaysia yang belum merdeka kehidupan mereka kerana belenggu hutang yang menjerut leher mereka sendiri akibat daripada kelumpuhan ekonomi dunia pasca COVID-19. Rentetan daripada masalah ini, timbul pula masalah lain iaitu penyakit mental akibat tekanan perasaan dan depresi kerana terlalu berat menanggung bebanan dan seterusnya menjejaskan emosi. Lebih parah lagi apabila semua yang membelenggu jiwa sebahagian rakyat ini mengundang kepada gejala sosial yang lebih teruk seperti rasuah, merompak dan membunuh. Memerdekakan jiwa dan kehidupan daripada penyakit sosial dalam menerajui sebuah kehidupan serba moden di atas tanah air yang sudah lama merdeka memerlukan kekuatan jatidiri dalam diri setiap rakyat. Inilah yang perlu diterapkan sedari kecil dan kekuatan jiwa serta jati diri itu hanya boleh berlaku dengan penghayatan agama yang sebenar. Kekuatan iman yang disemai melalui penghayatan agama secara holistik mampu memerdekakan jiwa dan diri seseorang daripada belenggu pelbagai penyakit sosial seperti rasuah, rompak, dan lain-lain lagi. Bersesuaian dengan kalimah Allah SWT di dalam surah Al-Baqarah, ayat 143 yang bermaksud; “ Dan demikian (pula) Kami telah menjadikan kamu (umat Islam), umat yang adil dan pilihan agar kamu menjadi saksi atas (perbuatan) kamu. Allah SWT telah berikrar di dalam kitab suci Al-Quran mengenai kehebatan umat Islam yang patuh kepada perintahNya dan ajaran sebenar Rasullullah SAW. Ayat di atas memberi indikator jatidiri itu terbina dengan penghayatan agama yang sebenar. Di situlah kemerdekaan jiwa akan dapat dikecapi secara komprehensif. Akhir kalam, kita bukan hanya ingin terus merdeka daripada penjajahan negara, tetapi kita juga mengidamkan sebuah kemerdekaan hakiki, iaitu kemerdekaan jiwa daripada penyakit-penyakit yang merosakkan jatidiri sebuah bangsa di dalam sebuah negara yang berdaulat. Mewujudkan Kesedaran Sivik Sebagai Warganegara Merdeka Dr Sofia Hayati Yusoff Pensyarah Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan OGOS 2022 15 |

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=