e-Risalah USIM - Edisi Ogos 2022
D ari konteks sejarah, istilah ‘merdeka’ berasal daripada perkataan Sanskrit ‘maharddhika’ merujuk kepada erti kaya, makmur dan berkuasa. Ia melibatkan istilah multi dimensi terhadap perbezaan pemahaman dan pengertian merdeka dari aspek yang berbeza. Namun, bagi seluruh rakyat Malaysia merdeka melibatkan perasaan ‘kebebasan melalui cinta dan penyatuan bangsa kita’ setelah Malaysia bertunjangkan negeri-negeri Persekutuan Tanah Melayu serta Sabah dan Sarawak, bebas daripada koloni Inggeris. Kemerdekaan yang dikecapi pada hari ini diperoleh hasil daripada kerjasama pelbagai peringkat masyarakat tanpa mengira batas sempadan etnik dan agama. Pelbagai usaha wajar direncanakan dan digerakkan dari peringkat akar umbi agar proses pembinaan negara bangsa dan jati diri dalam kalangan generasi muda khususnya dapat disemai dan ditanam sejak awal lagi agar ianya bukan hanya simbolik dan retorik semata-mata. Menurut, World Health Organization (WHO), generasi muda merupakan kelompok masyarakat yang berusia di antara 10 hingga 25 tahun. Golongan ini merupakan generasi yang sedang mencari arah dah hala tuju untuk meneruskan perjalanan hidup di masa hadapan sama ada arah yang dipilih itu baik ataupun sebaliknya. Malahan sebahagian mereka, sedang bergelut dengan perasaan dan jiwa sendiri dalam cabaran mendepani arus hegemoni teknologi yang bakal merosakkan nilai adab, etika dan budaya kebangsaan sebagai warga Malaysia sekiranya golongan ini tidak dibentuk dengan baik. Mereka adalah harapan negara yang bakal mewarisi segala keharmonian dan nilai integrasi yang berjaya diperoleh pada hari ini. Laungan Merdeka! Merdeka! Merdeka dengan teriakan suara hangat, suara penuh semangat, suara keramat yang keluar daripada jiwa generasi muda yang merdeka perlu diiringi dengan sentimen perasaan cinta yang kuat terhadap tanah air. Secara dasarnya, semangat dan amalan rasa sayang dan cintakan negara mula dipupuk sejak di bangku sekolah lagi melalui pelbagai program dan sambutan bertemakan kemerdekaan yang diadakan di peringkat sekolah hingga ke peringkat kebangsaan. Di peringkat awal, selain ibu bapa, guru-guru turut memainkan peranan penting seperti untuk menganjurkan sambutan bulan kemerdekaan di sekolah, memupuk minat terhadap pelajar mendalami mata pelajaran sejarah selain memperkenalkan aktiviti-aktiviti secara bersemuka atau virtual yang membuatkan para pelajar berminat untuk mempelajari tentang asal usul negara sekali gus berjaya menanamkan jiwa patriotik dan semangat nasionalisme dalam diri masing-masing. Kemerdekaan sesebuah negara adalah antara nikmat dan kejayaan terbesar yang wajar dipertahankan oleh setiap individu tanpa mengira lapisan umur dan latar belakang sebagai satu ‘Keluarga Malaysia’. Menghargai usaha dan pengorbanan tokoh-tokoh kemerdekaan Di sebalik kenikmatan yang dirasai sebagai rakyat yang bernaung di bawah negara yang bebas, sudah pasti terdapat jasa tokoh-tokoh yang berjuang bagi mendapatkan kemerdekaan bagi negara tercinta. Justeru itu, jasa dan bakti tokoh- tokoh ini perlu diteruskan menerusi kesinambungan semangat jiwa merdeka dalam kalangan generasi muda selaku pemangkin masa depan negara. Amat rugilah jika generasi muda pada hari ini tidak meneruskan semangat jiwa merdeka melalui jalinan rasa patriotisme dan nasionalisme sebagai anak bangsa sebagai salah satu negara berdaulat dengan merasai bahang sambutan pada tahun 2022 yang bertemakan Keluarga Malaysia Teguh Bersama . Semangat juang dan kesatriaan tokoh dan pejuang kemerdekaan wajar diketengahkan melalui dokumentari sejarah yang menyingkap sejarah kemerdekaan tanah air yang dahulunya dikenali sebagai Persekutuan Tanah Melayu. Pelbagai program telah dianjurkan untuk menarik minat generasi muda misalnya ILHAM Merdeka Tik Tok Challenge, KLIK@ Merdeka, Bintang Smule, Bintang Patriotik, pertandingan mewarna dan melukis MYDOODLE@ Merdeka, program Pengisahan Kenegaraan dan Sayembara Sajak Merdeka. Pada tahun ini sambutan di peringkat nasional diadakan di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur dan disemarakkan dengan barisan perarakan Hari Kebangsaan melibatkan wakil generasi muda yang terdiri daripada wira dan wirawati sukan negara termasuk pemenang pingat emas sukan Komanwel Birmingham 2022. Ia sebagai tanda penghargaan dan terima kasih dari seluruh rakyat Malaysia dalam memastikan semangat menyambut hari kemerdekaan “tidak lapuk dek hujan, tidak lekang dek panas”. Mewujudkan kesedaran sivik sebagai warganegara merdeka Menelusuri sambutan kemerdekaan semasa era endemik, seluruh rakyat Malaysia dilihat mula bersemangat dan bersedia untuk sama-sama bersatu dan berkumpul meraikan sambutan hari kebangsaan bersama-sama sejajar dengan tema berkonsepkan kebersamaan yang diaspirasi oleh Perdana Menteri Malaysia, #KeluargaMalaysia. Semangat patriotisme dan nasionalisme yang ditonjolkan oleh generasi muda bukan sekadar luahan perasaan semata-mata tetapi ia menuntut penghayatan lebih mendalam dalam kalangan warganya. Ia melibatkan rasa keyakinan, kesetiaan, keberanian, jati diri serta Usaha Menerapkan Pengisian Jiwa Merdeka dalam Kalangan Generasi Muda Dr. Umi Hamidaton Mohd Soffian Lee Pensyarah Kanan Fakulti Ekonomi & Muamalat In Our Words OGOS 2022 14 |
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=