e-Risalah USIM - Edisi Ogos 2022
Pentadbir JugaAsetUniversiti G olongan pentadbir merupakan antara tulang belakang bagi pembangunandankemajuansesebuah Institusi Pengajian Tinggi (IPT). Tanpa mengira sama ada universiti swasta mahu pun awam, tidak boleh dinafikan golongan pentadbir merupakan antara faktor pengukuh dalam memastikan sesebuah universiti dapat bergerak dan beroperasi dengan lancar dalam mencapai matlamat dan objektif Pendidikan universiti yang telah ditetapkan. Persatuan Pegawai Tadbir dan Ikhtisas Universiti Sains Islam Malaysia atau dikenali sebagai PRAGMATIS, tidak ketinggalan dalam memantapkan peranan dan profesionalisme pentadbir. Terkini, penyertaan ahlinya dalam Konvensyen Pentadbir Universiti Awam Malaysia dan Majlis Anugerah Gemilang MASTI tahun 2022 yang bertemakan “Pentadbir Cemerlang Mencipta Masa Depan Gemilang” membuahkan hasil apabila persatuan tersebut membawa pulang dua anugerah pada konvensyen tersebut iaitu Anugerah Emas Program Persatuan Terbaik Universiti Awam dan Anugerah Perak Persatuan Terbaik Universiti Awam. Presiden PRAGMATIS, Encik Mohd Salehudin Sukor berkata, “Pentadbir merupakan aset kepada universiti. Tanggapan pentadbir yang acap kali dilabel sebagai pekerja belakang tabir atau watak sampingan perlu diketepikan dan peranan mereka sebagai kakitangan kelas profesional seharusnya diperkasakan agar setanding dengan golongan kelas profesional yang lain dan seterusnya kekal bersama- sama membantu memberi sumbangan untuk perkembangan dan kemajuan perkhidmatan, pentadbiran dan ikhtisas universiti”. Sebanyak 14 kertas kerja telah dihantar dan dibentangkan oleh PRAGMATIS pada Konvensyen Pentadbir Universiti Awam 2022 bertempat di Pulai Springs Resort, Johor Bahru. Konvensyen Pentadbir Universiti Awam 2022 ini merupakan program dwitahunan yang dianjurkan oleh Majlis Persatuan Pentadbir Universiti Awam Malaysia A kademi Zakat (AZKA), Pusat Pungutan Zakat, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) telah memberi sumbangan untuk menaik taraf beberapa ruang yang dinamakan sebagai AZKA Corner dan menyumbangkan buku-buku penerbitan AZKA dan PPZ serta penerbit tersohor yang lain bagi pengisian AZKA Corner sebagai bahan bacaan untuk para pelajar dan orang awam. AZKA Corner yang dirasmikan oleh Naib Canselor, Prof. Ts Dr Sharifudin Md Shaarani ini diwujudkan sebagai platform bagi menyebarluaskan maklumat dan pengetahuan terkini mengenai zakat dan pengurusannya yang secara keseluruhannya dapat mendidik dan memberi lebih kesedaran kepada para pelajar dan masyarakat umum tentang keperluan menunaikan tanggungjawab membayar zakat. AZKA Corner@USIM Sebagai Ruang Bacaan Mengenai Zakat (MASTI) bersempena sambutan Hari Pentadbir Universiti Awam Malaysia Peringkat Kebangsaan yang sebelum ini dianjurkan pada tahun 2016, 2018 dan 2020. Sebanyak 20 persatuan pentadbir universiti yang bernaung di bawah MASTI. Perasmian majlis disempurnakan oleh YBhg. Prof. Datuk Ts. Dr. Ahmad Fauzi bin Ismail, Naib Canselor Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan turut dihadiri oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Malaysia, YBhg. Dato’ Sri Mohd Shafiq Abdullah, Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), YBhg. Dato’ Prof. Dr. Husaini bin Omar serta pentadbir-pentadbir Universiti Awam. https://bit.ly/3rqc68T Jom Tonton MajlisPerasmian AZKA“AkademiZakat” Corner@FEMUSIM OGOS 2022 11 |
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=