e-Risalah USIM - Edisi Ogos 2022
Minecraft Kampus Barakah Challenge 2022, uji kreativiti bangun e-Gamifikasi U SIM mengambil inisiatif membantu para pelajar lepasan STPM/Setaraf mendapatkan maklumat lanjut tentang program akademik yang ditawarkan di USIM secara khusus serta memudahkan para pelajar untuk melaksankan proses kemaskini permohonan di UPUOnline. Pusat Pemasaran dan Kemasukan Pelajar (PPKP) secara proaktif menganjurkan Program EduFair bermula 23 Ogos sehingga 25 Ogos 2022. Menurut Prof. Madya Dr. Nurkhamimi Zainuddin Pengarah PPKP berkata, program EduFair yang diadakan secara dalamtalian ini adalahbagimeningkatkankesedarankepada para pelajar untuk membuat kemaskini permohonan di UPUOnline dengan segera dalam tempoh yang ditetapkan. Ini kerana, ada antara para pelajar yang terlepas pandang dengan keperluan untuk membuat kemaskini permohonan di UPUOnline supaya dapat memilih program pengajian yang tepat berdasarkan syarat kemasukan dan merit yang ditetapkan dan seterusnya diterima masuk ke IPTA yang dipilih. Penyertaan adalah secara percuma melalui portal program EduFair iaitu https://edufair.usim.edu.my di mana para pelajar dapat berinteraksi bersama para pensyarah di USIM. Program EduFair ini merupakan kali ketiga pelaksanaannya di USIM dan ianya bermula semasa pandemik COVID-19 yang mana usaha mempromosikan program pengajian dibuat secara dalam talian. USIM Anjur Edufair, Beri Info untuk Fasa Kemaskini UPUOnline 2022/2023 mengikut kebitaraan fakulti atau PTj masing-masing. Para peserta diberi masa selama empat bulan untuk proses membangunkan Minecraft ini. Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) Prof. Dr. Mohd Radhi Ibrahim berkata, pelaksanaan MKBC’22 adalah bertepatan dengan objektif pemerkasaan inovasi e-Pembelajaran selain melestarikan teknologi terkini menerusi penggunaan aplikasi mesra pengguna. “Usaha ini sekaligus dapat mencetuskan impak positif dalam pembangunan kandungan e-Gamifikasi di samping menyemarakkan perkembangan inovasi dan pembudayaan pengkayaan e-Pembelajaran”, ujar beliau. Program yang julung kali diadakan ini merupakan anjuran Pusat Kecemerlangan Pengajaran dan Pembelajaran (CeTL) dan USIM e-Gamification Committee (UeGC) dengan Kerjasama Pusat Pembangunan Sistem & Kejuruteraan (SDEC) USIM. D alam usaha memperkasakan inovasi e-pembelajaran, USIM bergerak proaktif dengan menganjurkan Minecraft Kampus Barakah Challenge 2022 (MKBC’22) dengan penyertaan 12 pasukan dari pelbagai fakulti dan Pusat Tanggungjawab (PTj). Pasukan Cyber Squad dari Fakulti Sains dan Teknologi (FST) muncul sebagai Juara dengan membawa pulang RM1500. Manakala Naib Johan dirangkul oleh pasukan Al-Hijaz dari Fakulti Pengajian Bahasa dan Utama dan tempat ketiga dimenangi oleh pasukan Fuji Pro dari Fakulti Pergigian. Naib Johan dan tempat ketiga masing-masing membawa pulang RM1000 dan RM500. MKBC’22 adalah pertandingan yang menguji daya kreativiti serta inovasi dalam Pengajaran dan Pembelajaran berasaskan e-Gamifikasi yang mana para peserta perlu bersaing untuk mempamerkan keunggulan mereka membangunkan ‘Dunia’ di platform Minecraft Education Edition dengan menerapkan elemen Maqasid Shariah OGOS 2022 10 |
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=