e-Risalah USIM - Edisi Mei 2022

MEI 2022 9 | Segala kemudahan serta aplikasi moden dalam talian ini tidak boleh dijadikan sebagai bahan perhiasan semata-mata ataupun alat yang hanya digunakan ketika kita sedang hadapi waktu kecemasan sahaja seperti ketika hadapi penularan wabak penyakit. Segala kemudahan dan aplikasi moden dalam talian ini perlu digunakan sepenuhnya pada setiap masa kerana ia memberi banyak manfaat dan kebaikan bukan sahaja pada diri individu pekerja itu sendiri malah kepada orang ramai yang berurusan dengan pihak pekerja itu. Perlu diingatkan, tanggungjawab bagi menjaga dan melindungi keselamatan dan kesihatan semua pihak di tempat kerja ini bukan sahaja telah ditentukan dari sudut tanggungjawab moral sahaja malah ianya juga telah termaktub di bawah peruntukan undang-undang buruh dalam negara kita seperti yang telah termaktub di bawah Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 [Akta 514]. Tindakan undang-undang yang keras boleh diambil terhadap mana-mana majikan ataupun pihak pengurusan di tempat kerja yang didapati gagal melindungi keselamatan dan kesihatan pekerja mereka sendiri. Pihak majikan di semua sektor pekerjaan perlu memanfaatkan segala jenis kemudahan teknologi moden yang wujud pada masa kini untuk menjalankan beberapa aktiviti yang berkaitan dengan tempat kerja. Zaman sudah pun berubah, pada zaman moden kini, pelbagai jenis kemudahan serta aplikasi moden sudah wujud bagi memudahkan urusan semua pihak. Wujudnya komputer, telefon pintar serta internet, semua pihak boleh melakukan aktiviti harian dengan lebih mudah, cepat serta berkesan. Segala kemudahan serta aplikasi moden dalam talian yang wujud perlu digunakan dengan sepenuhnya oleh semua pihak dan ini termasuklah oleh para pekerja sendiri di tempat kerja mereka. Pihak kerajaan melalui Jabatan Perkidmatan Awam (JPA) serta pihak majikan di sektor swasta boleh mengeluarkan satu bentuk perintah ataupun arahan jelas bagi mengarahkan segala jenis aktiviti berkaitan dengan tempat kerja seperti mesyuarat, proses temuduga, bengkel, kursus, seminar dan lain-lain dilakukan secara dalam talian. Tanpa adanya perintah atau arahan jelas ini, sukar untuk kita merealisasikan usaha untuk mengalakkan pihak majikan untuk membenarkan pekerja mereka bekerja secara fleksibel dan berkerja dari rumah. Pihak majikan dan pekerja perlu belajar menggunakan komputer serta tatacara untuk mengadakan sebarang jenis mesyuarat, proses temuduga, bengkel, kursus, seminar dan lain-lain aktiviti pekerjaan lagi secara dalam talian. Tidak menjadi satu beban yang besar untuk pihak majikan dan pekerja belajar menggunakan segala jenis kemudahan dan aplikasi moden ini bagi melaksanakan sesetengah jenis urusan kerja demi manfaat mereka bersama. Masalah kesesakan trafik dapat dikurangkan apabila sebahagian pekerja bekerja dari rumah atau bekerja dengan aturan kerja fleksibel.

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=