e-Risalah USIM - Edisi Mei 2022

MEI 2022 8 | BekerjadariRumahdan AturanKerjaFleksibel PilihanTerbaikuntukPekerja W alaupun kadar jangkitan virus Covid-19 dilihat terkawal, ianya tidak bermakna kita perlu kembali kepada proses kehidupan sebelum munculnya virus Covid-19 ini dengan sepenuhnya seperti tidak pernah berlaku apa-apa. Perubahan yang telah dilakukan semasa kita sedang mengharungi penularan virus Covid-19 sepanjang lebih dua tahun lalu terutamanya dalam melaksanakan aktiviti pekerjaan perlu dikekalkan untuk tempoh berterusan demi manfaat pekerja sendiri serta organisasi tempat mereka bekerja. Antara perubahan yang perlu dikekalkan buat adalah dengan terus melaksanakan sistem fleksibel dalam bekerja serta bekerja dari rumah. Bergantung kepada jenis pekerjaan, pelaksanaan sistem pekerjaan secara fleksibel serta kebenaran kepada pekerja untuk bekerja dari rumah membawa banyak manfaat bukan sahaja terhadap diri pekerja malah kepada produktiviti organisasi tempat mereka bekerja. Perlaksanaan sistem pekerjaan secara fleksibel serta kebenaran kepada pekerja untuk bekerja dari rumah memudahkan urusan pihak pekerja untuk menjalankan kerja mereka tanpa perlu mengharungi kesesakan jalan raya, terdedah dengan risiko kemalangan jalan raya serta berada di dalam bangunan pejabat dari pagi hingga ke petang. Dengan membenarkan sebilangan pekerja untuk bekerja dari rumah juga dapat mengurangkan tahap kesesakan dan kadar kemalangan yang berlaku di jalan raya dalam negara kita yang sering dilaporkan semenjak kebelakangan ini. Pelaksanaan pekerjaan secara fleksibel dan kebenaran kepada pekerja untuk bekerja dari rumah ini juga dapat menjimatkan wang, masa serta tenaga para pekerja. Segala manfaat yang diperolehi ini dapat mengurangkan beban dan tekanan kepada pihak pekerja sekaligus menjadikan pekerja lebih fokus, produktif serta dapat memberi perkhidmatan yang terbaik kepada majikan dan organisasi tempat kerja mereka. Perlu diketahui juga, kemunculan pelbagai jenis teknologi moden pada kini juga banyak memberi ruang dan peluang untuk sesetengah jenis pekerjaan untuk dilakukan melalui secara dalam talian tanpa perlu berada di pejabat secara fizikal. Memandangkan penularan virus Covid-19 dan varian yang dibawanya masih berlaku dalam negara kita serta di serata dunia pada ketika ini, tidak wajar juga sekiranya segala jenis aktiviti berkaitan dengan tempat kerja seperti mesyuarat, proses temuduga, bengkel, kursus, seminar dan lain- lain lagi dilakukan secara semuka di tempat kerja ataupun pejabat. In Our Words Dr. Muzaffar Syah Mallow Profesor Madya, Fakulti Syariah & Undang – Undang (FSU)

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=