e-Risalah USIM - Edisi Mei 2022
MEI 2022 6 | USIM Terima Lawatan Setiausaha Agung Muslim Council Of Elders, Mohamed Mahmoud Abdelsalam Hari Intervensi Kesihatan USIM 2022 Bantu Tingkat Kepekaan Terhadap Isu-isu Kesihatan U SIM menerima lawatan rasmi daripada Hakim Mohamed Mahmoud Abdelsalem yang juga merupakan Setiausaha Agung Muslim Council of Elders, Emiriah Arab Bersatu (UAE) serta Setiausaha Agung bagi The Higher Committee of Human Fraternity yang merupakan sebuah badan jawatankuasa antarabangsa bebas yang ditubuhkan untuk mempromosikan agenda dan nilai persaudaraan dalam kalangan insan. Dalam majlis ringkas yang diadakan bertempat di Dewan Serbaguna Kolej Genius Insan USIM ini, Abdelsalem menyampaikan syarahan ringkas yang menyentuh isu keharmonian, peradaban dan pembangunan komuniti Islam di seluruh dunia. Dalam syarahan ringkasnya, beliau berkata bahawa, adalah penting untuk umat Islam mempunyai ilmu serta berusaha mendapatkan akses kepada pendidikan bagi memastikan syiar Islam dan ketamadunan yang sedia ada terpelihara. “ Pembangunan yang ditunjukkan oleh Malaysia secara tidak langsung menjadi sumber kebanggaan kepada dunia Islam. Pelajar Kolej Genius Insan ini juga berupaya mengubah sejarah dan menerajui negara ini ke arah yang lebih baik melalui kemajuan ilmu pengetahuan dan usaha keras mereka ” jelas beliau lagi. Beliau turut mengingatkan para tetamu yang hadir dalam majlis tersebut untuk mengekalkan keharmonian dan keamanan meskipun berbeza ras, agama dan bangsa. K arnival Hari Intervensi Kesihatan USIM 2022 yang diadakan pada 21 Mei 2022 yang lalu merupakan medium terbaik untuk tingkatkan kesedaran masyarakat terhadap isu-isu kesihatan. Inisiatif yang dilaksanakan oleh seramai 40 orang pelajar tahun 4, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK), USIM itu merupakan sebahagian daripada keperluan akademik daripada sangkutan klinikal yang telah diadakan selama hampir lima minggu bertempat di Kampung Pondoi. Dr. Mohd Hafiz Jaafar yang merupakan pengerusi program tersebut berkata “Pelbagai aktiviti yang menyumbang kepada masyarakat setempat telah diadakan yang antara matlamatnya adalah untuk membuat kajian mengenai penyakit depresi dan kemurungan dalam kalangan warga emas”. “Justeru, Hari Intervensi Kesihatan USIM 2022 merupakan kesinambungan daripada kajian tersebut bagi membentangkan hasil kajian yang telah dilakukan dalam komuniti Kampung Pondoi” ujarnya lagi. Antara pengisian lain yang turut diadakan sepanjang karnival sepanjang berlangsung adalah pemeriksaan kesihatan percuma, kempen Tak Nak Merokok, ceramah kesihatan, sukaneka, sukan tradisional, senamrobik, cabutan bertuah; dan disertai kira-kira 250 penduduk termasuk kanak-kanak dan remaja. Dalam kunjungan beliau ke USIM, beberapa agenda Pendidikan turut dibincangkan dan telah dicadangkan untuk diadakan pada masa akan datang bersama Muslim Council of Elders, antaranya Penubuhan sebuah kursi yang diberi nama “Grand Imam Ahmad Al-Tayeb” Chair for Global Peace Studies , penubuhan Akademi Belia serta penubuhan Pusat Bahasa Arab “Al-Azhar Al-Sharif” bagi membangunkan kemahiran bahasa Arab, untuk menyediakan perkhidmatan kepada pelajar Malaysia untuk mempelajari bahasa Arab sebagai persediaan untuk kemasukan mereka ke Universiti Al-Azhar. Momen@USIM
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=