e-Risalah USIM - Edisi Mei 2022

MEI 2022 13 | Saya mengharapkan inovasi yang dihasilkan ini dapat menyelesaikan masalah ummah sejagat seterusnya memberi manfaat kepada masyarakat” USIM berjaya meraih lima pingat Emas serta tiga pingat Perak bagi lapan penyertaan inovasi menerusi Pertandingan International Invention, Innovation and Technology Exhibition (ITEX 2022) yang berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) baru-baru ini. F akulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK) mengungguli pertandingan kali ini dengan merangkul empat pingat emas bagi produk Q-Cat Kit yang diketuai oleh Prof. Madya Dr. Mohd Azmani Sahar, Eye-Zy diketuai oleh Dr. Maimunah Abdul Muna’aim, Eisei Bag diketuai oleh Dr. Nur Zaireena Zainal dan Tanaffas diketuai oleh Dr. Nur Zaireena Zainal. Manakala Fakulti Syariah dan Undang-undang (FSU) dengan satu emas bagi produk Global Tahfiz Game. Sementara itu, pingat perak pula menjadi milik Fakulti Sains dan Teknologi (FST) bagi produk Secure App for Enkrypting Text Information (SAKTI) yang diketuai oleh Prof. Madya Dr. Azni Haslizan Ab Halim, Fakulti Ekonomi dan Muamalat (FEM) bagi produk MySIF Waqf Chain yang diketuai oleh Prof. Madya Dr. Khairil dan Institut Fatwa dan Halal (IFFAH) bagi produk Halal Vocation Game yang diketuai oleh Dr. Nurdalila A’wani Abd Aziz. USIM rangkul 5 Emas, 3 Perak di ITEX 2022 Prof. Ts. Dr. SharifudinMd Shaarani Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) Menjalankan fungsi Naib Canselor Prof Ts. Dr Sharifudin Md Shaarani (Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi) yang menjalankan fungsi Naib Canselor menzahirkan rasa bangga dengan pencapaian para penyelidik dengan produk-produk inovasi yang dihasilkan sekaligus menaikkan nama USIM untuk mampu bersaing di peringkat antarabangsa. https://bit.ly/39WoaJE Jom Tonton SALAMUSIM- ITEX2022

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=