e-Risalah USIM - Edisi Mei 2022
MEI 2022 10 | S etiap hari Jumaat kaum Adam akan menantikan solat Jumaat yang difardukan. Biar pun sudah banyak kelonggaran dilaksanakan namun para jemaah masih dilihat mematuhi pemakaian penutup separa muka dan ramai juga yang membawa sejadah sendiri. Masyarakat di Malaysia umumnya masih menjadikan disiplin sebagai sebahagian daripada kehidupan mereka. Apatah lagi pada hari Jumaat dapat diperhatikan jemaah mendengar dengan khusyuk setiap butir bicara khatib yang menyampaikan khutbah tanpa ada yang bercakap-cakap. Namun adakalanya penyampaian khutbah sedikit terganggu dengan cara bacaan segelintir khatib yang tidak lancar membaca ayat- ayat al-Quran atau petikan hadis-hadis. Tumpuan para Jemaah akan lebih terganggu apabila teks khutbah yang disediakan ibarat membaca buku tanpa penghayatan dan tiada nada suara yang sesuai. Hal ini kerana Rasulullah pernah berpesan dalam hadis diriwayatkan oleh Imam Muslim yang bermaksud “Berbicaralah kepada manusia menurut kadar kemampuan akal mereka masing-masing”. Peringatan Rasulullah ini boleh dijadikan panduan oleh para khatib dan penulis khutbah yang biasanya disediakan oleh negeri-negeri atau ditulis sendiri oleh khatib. Walaupun teks khutbah yang disediakan itu ditulis oleh individu yang berautoriti atau kumpulan pegawai yang dilantik namun tidak bermakna teks tersebut benar-benar memberi kesan kepada jemaah. Hal ini demikian kerana teks khutbah memerlukan sentuhan kreatif dalam menyusun ayat dan kata- kata sehingga boleh menimbulkan minat kepada pembaca khutbah lebih-lebih lagi kepada para jemaah untuk mendengar dengan lebih rasa minat. Antara perkara yang perlu diberi perhatian oleh pengarang teks khutbah ialah seperti berikut: Penyampaian khutbah yang baik mampu memberi ilmu dan kesan mendalam kepada para jemaah. Khutbah Jumaat perlu Sentuhan Kreatif Dr. Mohd Zamrus Mohd Ali Pensyarah, Kolej GENIUS Insan
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=