e-Risalah USIM - Edisi Mei 2021
Tangguh pergerakan pelajar kembali ke kampus Susulan peningkatan kes-kes jangkitan COVID-19 yang terus meningkat di Daerah Seremban, Negeri Sembilan dan di seluruh negara, USIM mengambil keputusan untuk menangguhkan semua pergerakan pelajar kembali ke kampus selepas Cuti Hari Raya Aidilfitri bermula 19 Mei 2021 sehingga 28 Mei 2021. P enangguhan ini merangkumi semua pergerakan pelajar ke kolej-kolej kediaman dan rumah rumah sewa pelajar di USIM sama ada yang pulang ke kampus dengan menggunakan bas yang diuruskan oleh pihak universiti, dihantar oleh ibu bapa/ waris dan menaiki kenderaan sendiri. Hanya pelajar yang pulang menaiki kapal terbang sahaja diberi kelonggaran untuk meneruskan perjalanan pulang ke kampus. Bagi pelajar yang dikategorikan sebagai pelajar berkeperluan khas yang perlu mengikuti sesi pengkuliahan secara fizikal, kumpulan ini akan dibenarkan kembali semula ke kampus bermula pada 29 Mei 2021 mengikut ketetapan jadual yang akan dimaklumkan oleh pihak USIM. USIM Tijarah Holdings santuni warga emas, pesakit HIV M emasuki kali ke-10 penganjuran program Infaq Ramadan, USIM Tijarah Holdings Sdn Bhd (UTHSB) meneruskan tradisi tanggungjawab sosial dengan menyantuni 70 buah keluarga warga emas di daerah Sepang dan rumah kebajikan Darul Ukhwah, sebuah pusat penjagaan dan pemuliharaan pesakit HIV di Puchong. Sebanyak 200 set pampers dewasa, bantal, kain pelikat dan sarung tangan getah disumbangkan bagi berkongsi meringankan beban ahli masyarakat yang memerlukan sebagai persediaan menyambut Aidilfitri,” En Mohammad Noorizzuddin Bin Dato’ (Dr) Hj Noo, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan UTHSB. Bimbang risiko penularan Covid-19, pelajar rai Aidilfitri di kampus T idak mahu membebankan keluarga, Mohd Ley Fadzly Plesly, 19, penuntut Ijazah Sarjana Muda Perakauan dan Muamalat dari Tawau memilih untuk tidak pulang beraya ke kampung halaman. Mohd Ley Fadzly merupakan antara 66 pelajar yang kekal berada di kampus, menjalankan aktiviti bersama rakan-rakan sebilik yang tidak pulang beraya dan mengisi masa bertadarus berjemaah dan menunaikan solat terawih setiap malam. “Ini merupakan kali pertama saya berpisah jauh dan tidak beraya bersama keluarga. Keluarga terutamanya ibu sememangnya sedih, tapi mereka redha dengan keputusan saya untuk tidak membebankan mereka memandangkan tiket penerbangan yang mahal selain risiko penularan Covid-19 yang semakin tinggi ini,” ujarnya. Bagi Ahmad Haziq Ahmad Eaddie Hafizi, 21 dari Terengganu, beliau memaklumkan lebih awal kepada kedua ibu bapanya hasrat untuk beraya di kampus. “Mereka pada mulanya sedih namun akhirnya memahami keputusan yang dibuat. Saya juga memikirkan kes harian yang agak tinggi dan mahu keluarga selamat di rumah. Selain saya terikat dengan ujian selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri, saya fikir boleh meluangkan masa menyiapkan tugasan dan menumpukan perhatian kepada ujian nanti,” katanya yang merupakan penuntut semester empat Ijazah Sarjana Muda Syariah dan Undang-undang. MEI 2021 6 | Momen@USIM
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=