e-Risalah USIM - Edisi Mei 2021

Campus News 400 pelajar pulang berhari raya S eramai 3,043 pelajar USIM yang berada di kampus terlibat dalam Program Pergerakan Pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) Pulang Sempena Cuti Perayaan Aidilfitri 2021 bermula pada 7 Mei hingga 12 Mei 2021 seperti yang diumumkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT). Daripada jumlah tersebut, USIM menguruskan penghantaran pulang seramai 440 orang pelajar menggunakan kenderaan khas universiti yang disediakan oleh Bahagian Hal Ehwal Pelajar. Ia melibatkan penggunaan 18 buah kenderaan universiti iaitu bas dan kenderaan pelbagai guna (SUV) untuk menghantar kumpulan pelajar ini secara berfasa ke zon-zon yang terlibat. Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Profesor Madya Dr. Mohd Rushdan Mohd Jailani memaklumkan pergerakan pelajar USIM yang diuruskan penghantaran mereka oleh universiti akan berjalan selama empat hari mulai 8 Mei hingga 11 Mei 2021 ke 12 buah negeri. Pergerakan pelajar ini melibatkan kerjasama padu pelbagai jabatan khususnya Pusat Perumahan Pelajar (PRUPEL), Pusat Libatsama Masyarakat dan Jaringan Industri (PLMJI) dan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) bagi memastikan operasi ini mematuhi SOP, berjalan lancar serta selamat. MEI 2021 4 | Sumber Gambar: Utusan

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=