e-Risalah USIM - Edisi Mei 2021

Sekilas Aplikasi ‘FiqhBanjir Aplikasi ini dibangunkan sejak tahun 2016, dalam bentuk garis panduan umum dan sekitar tahun 2017 pula kami bangunkan aplikasi untuk rujukan masyarakat. Aplikasi ini telah pun dipertandingkan dalam pertandingan i-Inova di USIM dan alhamdulillah telah mendapat pingat perak selain mendapatkan maklumbalas positif daripada pengguna. Carian ‘Fiqh Banjir’ di Playstore akan menyenaraikan lima bab untuk masyarakat mengetahui lanjut berkaitan persoalan berkaitan. Kandungan informasinya pula akan dikemaskini dari semasa ke semasa. 02 Apakah isu fiqh berbangkit dari hasil tinjauan di pusat pemindahan mangsa banjir? 03 Adakah pembangunan ini mendapat kerjasama agensi lain? Pada peringkat permulaan penyelidikan, kami mendapat antara 30 hingga 40 set jawapan maklum balas seterusnya semasa menjalankan kajian di Temerloh kami berjaya mendapat maklum balas daripada sekitar 400 orang. Berpandukan tinjauan tersebut, kami berpandangan isu fiqh yang timbul di kebanyakan pusat pemindahan banjir hampir sama. Pertamanya dari segi bersuci yang mana timbul persoalan daripada mangsa banjir dan petugas tentang apakah boleh menggunakan air banjir untuk tujuan bersuci atau berwuduk bila mana tiada sumber air bersih untuk mereka gunakan. Kedua berkenaan penjagaan aurat dan pergaulan, yang boleh kita lihat kebiasaannya mangsa banjir akan ditempatkan di dewan sekolah yang bercampur jantina perempuan dan lelaki yang boleh menimbulkan ketidakselesaan- lebih lagi kepada keluarga yang mempunyai anak perempuan. Isu ketiga berkenaan ibadah solat tentang adakah petugas boleh melakukan solat jamak dalam keadaan yang tidak menentu semasa banjir. Ia pastinya memerlukan jawapan kukuh sama ada boleh menunaikan solat jamak tanpa qasar ataupun tidak. Keempat berkenaan pengurusan jenazah yang menghadapi masalah bagi mengurus jenazah dan kelima melibatkan segelintir individu tidak bertanggungjawab yang mengambil hak dan barangan sumbangan mangsa banjir tanpa izin. Pihak kami telah membentangkan garis panduan ini kepada panel kajian Syariah JAKIM dan telah mendapat maklumbalas untuk penambahbaik kandungan aplikasi, Namun besar harapan kami untuk mendapat kerjasama dan sokongan daripada agensi agama peringkat negeri. Kebiasaannya bila berlaku bencana banjir, Jabatan Kebajikan Masyakat (JKM) antara agensi yang terlibat secara langsung. Di PPMB akan ditempatkan seorang Kaunselor atau Pegawai Psikologi yang bertugas bagi membantu memberi khidmat nasihat dan kaunseling. Mengapa tidak menempatkan Pegawai Agama di lokasi penempatan mangsa banjir untuk memberi nasihat keagamaan, memimpin solat jemaah, melaksanakan aktiviti keagamaan seperti kuliah agama dan kelas pengajian al-Quran dan lain-lain. Ini adalah kerana terdapat situasi mangsa banjir ditenggelami air selama dua minggu dan mangsa banjir tergendala membuat urusan beribadah kerana tiada rujukan khas tentangnya. Inilah masanya untuk kita sama membantu memenuhi kehendak rohani selain keperluan fizikal. Aplikasi fiqh banjir ini juga dijadikan sebagai rujukan oleh pihak JAKIM. Justeru, pada masa akan datang kami berharap agar dapat bekerjasama dengan Jabatan Agama untuk memperkemaskan lagi aplikasi ini sebagai panduan umat Islam. Kami merancang untuk menyediakan panduan ini dalam bentuk booklet untuk diinovasikan dalam kit panduan yang di dalamnya dilengkapi set set al-Quran/Iqra’, kit spray wuduk, kit tayammum dan keperluan beribadah yang lain. Semoga usaha kecil seperti ini dapat membantu meringankan bebanan mangsa banjir yang pastinya dalam keadaan tidak mencukupi. MEI 2021 15 |

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=