e-Risalah USIM - Edisi Mei 2021
Aplikasi ‘FiqhBanjir’ Untukkemudahanumat Islamketika musibahbanjir -Prof. Dr. IrwanMohdSubri 01 Bagaimana tercetusnya idea untuk membangunkan aplikasi ini? B erikutan musibah banjir yang pernah melanda negara pada beberapa tahun lalu, pensyarah Fakulti Syariah dan Undang-undang, Dr Irwan Subri dan pasukannya membangunkan aplikasi mudah alih yang dikenali sebagai Aplikasi ‘Fiqh Banjir’. Berperanan sebagai ahli masyarakat dan kepakaran sebagai ahli penyelidik, beliau menyifatkan pendekatan kajiannya bersama pasukan adalah bagi menunaikan tanggungjawab sebagai ahli masyarakat bertanggungjawab kepada saudara seIslam. Justeru, aplikasi ‘Fiqh Banjir’ dibangunkan sebagai panduan asas kepada umat Islam bagi menjalankan ibadah ketika berdepan musibah. Ketika ditemui, beliau menerangkan aplikasi tersebut bukan hanya untuk mangsa banjir tetapi boleh dimanfaatkan oleh petugas dan sukarelawan yang membantu semasa di lokasi penempatan mangsa banjir. Ikuti temu bual yang disediakan. Idea ini tercetus susulan bencana banjir yang melanda negara di beberapa buah negeri pada tahun 2014. Melihat kepada trend bantuan semasa banjir pada waktu itu, banyak bantuan diberikan oleh badan-badan bukan kerajaan, agensi kerajaan dan sumbangan individu berupa bantuan makanan asas, alat ubat- ubatan dan pakaian. Justeru, saya bersama rakan penyelidik mengambil peluang meneroka aspek lain untuk membantu, lalu membuat keputusan menjalankan penyelidikan berkaitan fiqh banjir. Permulaan pada masa itu, saya bersama rakan- rakan ke pusat pemindahan mangsa banjir di Temerloh Pahang dan Daerah Maran untuk berjumpa dengan mangsa banjir, petugas dan sukarelawan. Dari situ kami meninjau dan mengetahui apakah isu fiqh atau aqidah yang kerap berbangkit di pusat-pusat pemindahan banjir. Hasilnya, kami menemui lima dapatan berkenaan isu fiqh yang perlu diberi penyelesaian, oleh itu panduan dalam aplikasi ini dibangunkan untuk memberi kemudahan dan kefahaman kepada mangsa banjir yang terlibat. Alhamdulillah, pada tahun 2015, pihak kerajaan melalui Kementerian Pendidikan Tinggi memperkenalkan satu geran khas dinamakan FRGS banjir dan kami manfaatkan peluang tersebut sebaiknya. Prof. Dr. Irwan Mohd Subri MEI 2021 14 | Faces of USIM
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=