e-Risalah USIM - Edisi Mei 2021
Bagi rakyat Palestin, penubuhan negara Israel adalah diisytiharkan sebagai hari Nakhba atau hari malapetaka, kerana ketika itulah secara rasminya rakyat Palestin kehilangan tanah yang dirampas oleh rejim Zionis. Lebih 700 ribu rakyat Palestin dihalau dan hilang tempat tinggal, dan lebih 500 kawasan penduduk Palestin dirampas dan dihancurkan pada ketika itu. Mereka diisytiharkan oleh Israel sebagai stateless atau tiada mempunyai warganegara dan bersepahlah mereka ke negara-negara jiran dan di sempadan Jordan dan Syria sebagai pelarian. Bermulalah wujudnya kem-kem pelarian Palestin yang berada dalam keadaan yang amat menyedihkan. 4 BAGAIMANA DENGAN NEGARA ARAB DI SEKELILING TANAH PALESTIN? Adakah mereka membiarkan sahaja tanah Palestin diambil? Jawapannya tidak. Pada tahun 1948, tercetusnya perang Palestin di mana tentera Arab daripada daripada Mesir, Transjordan, Syria, Saudi Arabia, Lubnan dan Yemen bertempur dengan tentera Zionis untuk mendapatkan semula tanah Palestin dan menolak pelan pembahagian oleh PBB. Namun tentera Zionist telah berjaya menewaskan tentera Arab. Lebih menyedihkan pada perjanjian genjatan senjata oleh Israel dan negara Arab pada tahun 1949, Israel mendapat lebih kawasan berbanding pelan asal yang dibenarkan oleh PBB. Selepas perang itu, Semenanjung Gaza menjadi dibawah penaklukan Mesir, manakala kawasan Tebing Barat adalah di bawah Transjordan. Ketika ini Baitulmuqaddis terbahagi dua, di mana Baitulmuqaddis Barat berada dibawah Israel manakala Baitulmuqaddis Timur atau Kota lama dimana terletaknya Masjid Al Qasa adalah dibawah kerajaan Jordan. Namun negara Zionis sentiasa mencari jalan untuk mendapatkan lebih banyak tanah Palestin terutamanya, keseluruhan Baitulmuqaddis yang mereka panggil Jurusalem. Pada masa yang sama rakyat Palestin yang dihalau dari rumah masing-masing sentiasa berjuang menuntut hak mereka semula. Keadaan antara Jordan, Mesir, Syria dan Israel selepas 1948 juga sentiasa tegang sehingga membawa kepada satu lagi perang yang cukup penting yang dinamakan perang enam hari pada tahun 1967. Ringkasnya, tentera Israel yang dibantu dengan peralatan ketenteraan udara dan darat yang canggih daripada Amerika Syarikat dan British ternyata terlalu kuat buat tentera Jordan, Syria dan Mesir. Pada Jun 1967, Israel telah merampas Semenanjung Gaza, kawasan Tebing Barat, Semenanjung Sinai dan Bukit Golan daripada negara Arab yang tewas pada perang enam hari tersebut. Walaupun dibawah beberapa resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSCR) tentera Israel perlu berundur dan tidak berhak ke atas wilayah yang ditawan ketika Perang Enam Hari tersebut, namun ia tidak dipedulikan dan rejim Zionis tetap menceroboh tanah Palestin secara haram. Israel telah menguasai keseluruhan Baitulmuqaddis dan mereka terus menerus merampas tanah penduduk Palestin secara berstruktur dan menghalau jutaan rakyat Palestin yang terpaksa keluar dari tanah masing- masing. Hari ini Palestin seperti tidak wujud. Yang ada hanya enclaves atau kepungan-kepungan perumahan di Semenanjung Gaza dan Tebing Barat. Semenanjung Gaza kini ditadbir oleh Hamas manakala Tebing Barat ditadbir oleh parti politik Fatah. Kedua-duanya selalunya tidak sehaluan. Israel sememangnya telah memastikan bahawa semenanjung Gaza dan Tebing Barat itu dipisahkan dan dikelilingi oleh penempatan haram Israel supaya rakyat Palestin tidak bersatu dan Israel dapat mengawal ekonomi dan pergerakan rakyat Palestin. Pelbagai checkpoints atau pusat pemeriksaan diletakkan di sekeliling semenanjung Gaza menjadikan kehidupan di kawasan itu sangat menyeksakan. Apabila berlakunya pemberontakan kerana penindasan yang melampau, tentera Israel akan menyerang balas dengan mengebom kawasan di Gaza dengan alasan militia Hamas yang memulakan serangan. Realitinya, mereka telah dengan sengaja memastikan kehidupan rakyat Palestin di Gaza terseksa supaya rakyat Palestin bangkit dan ia dijadikan alasan untuk Israel mengebom Gaza. Itulah yang telah berlaku sehingga hari ini. Terbaharu tentera Zionist telah merampas kawasan Perumahan Sheikh Jarrah dan cuba untuk menyerang Masjid Al Aqsa. Walaupun mereka telah menguasai Masjid Al Aqsa, rakyat Palestin yang tinggal di kota lama Baitulmuqaddis masih menjaga Al Aqsa dengan beriktikaf di sana setiap malam kerana jika dibiarkan, kerajaan Zionist tidak mustahil akan menghancurkan Al Aqsa kerana ia dikatakan bekas tapak kawasan suci kaum Yahudi iaitu the temple mount . Jadi apa yang membezakan serangan dan penindasan tentera Zionis kali ini dengan yang berlaku sebelum ini? Perbezaan terbesar adalah kekejaman rejim Zionis kali ini diketahui dan dipertontonkan di seluruh dunia oleh media sosial. Satu artikel yang ditulis di akhbar The Jurusalem Post bertarikh 18 Mei 2021 bertajuk “Israel needs to better coordinate the image war” menyatakan kerisauan tentang rejim Israel yang dakwa artikel tersebut telah menang akan serangan ke atas Hamas baru- baru ini, tetapi tewas akan sokongan di kalangan masyarakat antarabangsa kerana simpati yang lebih diberikan terhadap rakyat Palestin. Rakyat Malaysia sendiri sangat berpengaruh dalam membongkarkan penindasan kejam oleh tentera Israel melalui Facebook, Twitter dan Instagram. Ini sangat penting kerana sebelum ini Israel cuba menunjukkan kepada kuasa barat dan rakyat seluruh dunia bahawa mereka mengebom Gaza atas alasan mempertahankan diri dan cuba merampas tanah rakyat Palestin secara berstruktur tanpa diketahui masyarakat dunia. Hari ini semua itu terbongkar. Diharapkan dengan tekanan ini, sokongan masyarakat Barat terhadap kerajaan Zionis ini dan sokongan kuasa besar Barat ke atas Israel semakin berkurangan. Ini akan menjadikan negara itu tidak lagi mempunyai lesen percuma untuk melakukan apa sahaja terhadap rakyat Palestin yang tinggal sekitar 4 juta orang sahaja itu. Sama- sama kita terus menekan rejim Zionis dan membongkarkan kekejaman mereka. MEI 2021 11 |
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=