e-Risalah USIM - Edisi Mei 2021
Penindasan rakyat Palestin: Rampasan tanah di Palestin dan pengusiran rakyat Palestin adalah agenda terancang oleh institusi Zionis bermula sekitar akhir tahun 1800. Dibangunkan oleh Theodor Herzl, agenda paling utama pergerakan Zionis ini adalah untuk menubuhkan negara Israel di tanah Palestin. Asas kepada pengambilan tanah Palestin adalah bersandarkan kepada idelogi keagamaan yang dipegang kuat oleh puak Zionis ini. Alasan utama yang digunakan adalah, menurut mereka, seperti yang dinyatakan dalam Kitab Torah, tanah tersebut telah diberikan oleh tuhan kepada kaum Yahudi yang dihalau daripada Mesir sekitar 1400 sebelum masihi. Perkara ini juga dinyatakan dalam Kitab Bible Old Testament dan penaklukan Palestin oleh pergerakan Zionis ini sangat disokong dan diterima terutama oleh kumpulan penganut agama Kristian yang dikenali sebagai Christian Zionism. Kerana itu juga negara-negara Kristian walaupun dari denominasi yang berbeza tidak menentang rampasan tanah Palestin dan kewujudan negara Israel. Ini kerana asas keperluan penubuhan negara Yahudi tersebut dikongsi oleh penganut kedua-dua agama. 1 Selain itu, institusi Zionis juga amat terancang dalam melobi dan menubuhkan institusi pelobi di negara kuasa besar di seluruh dunia. Hasilnya, kerajaan Amerika sejak awal penubuhan Israel berjanji untuk melindungi negara itu melalui bantuan ketenteraan serta pembangunan infrastruktur. Tahun lalu sahaja, rejim Israel menerima bantuan ketenteraan berjumlah 3.3 bilion dollar daripada Amerika Syarikat, melebihi daripada mana-mana negara di seluruh dunia. Lebih membantu adalah penduduk Yahudi yang menyokong agenda Zionis ini mempunyai kependudukan yang ramai di Amerika Syarikat dan di negara-negara Eropah. Mereka juga memegang kuasa ekonomi yang kuat di negara-negara ini. Di Amerika contohnya The American Israel Public Affairs Committee (AIPAC) sangat mempunyai kuasa dalam mengawal perjalanan politik dan perniagaan di Amerika Syarikat. Setiap calon presiden di Amerika sebagai contoh mahu atau tidak, perlu menyokong agenda Zionis yang dibawa oleh AIPAC untuk mendapat sokongan daripada pengundi Yahudi dan menerima derma bagi kempen presiden mereka. 2 Tetapi sebelum itu lagi institusi Zionis ini telah melobi kerajaan Britain yang telah menjajah tanah Palestin daripada empayer Ottoman sekitar awal 1900. Mereka telah berjaya memujuk dan membuatkan kerajaan Britain ketika itu menandatangani deklarasi Balfour pada tahun 1917 bagi membenarkan institusi Zionis menubuhkan negara Israel untuk kaum Yahudi di Palestin. Justeru penjajah Britishlah yang menjadi penyebab dan yang bertanggungjawab, memberi kebenaran dan memberi jalan kepada pergerakan Zionis menubuhkan negara mereka sekaligus merampas tanah daripada rakyat Palestin. Pada 1947, Pertubuhan Bangsa-Bangsa (PBB) bersatu membenarkan pelan untuk membahagikan Palestin kepada tanah Yahudi dan tanah Arab dan pada Mei 1948 Israel telah diisytiharkan sebagai sebuah negara dengan David Ben-Gurion, sebagai Perdana Menteri pertama. 3 I su penindasan dan rampasan tanah Palestin merupakan satu isu yang sangat rumit dan dianggap luar biasa terutama bagi masyarakat Islam hari ini. Bagi mereka yang ingin mengetahui dengan lebih lanjut tentang isu di Palestin, pelbagai persoalan dan kehairanan timbul daripada penindasan dan kekejaman secara terang-terangan oleh rejim Israel terhadap rakyat Palestin. Kenapa ia berlaku? Kenapa dunia Islam yang lain di sekeliling membiarkannya? Bagaimana di era moden hari ini, perkara ini boleh terjadi dan dibiarkan. Rampasan terhadap rumah penduduk Palestin di Sheikh Jarrah dan serangan ke atas Gaza yang mengorbankan ramai kanak-kanak dan rakyat Palestin adalah episod kekejaman terbaru oleh Israel. Kekejaman seperti ini dan lebih teruk lagi telah berlaku sejak 70 tahun lalu, iaitu sejak rejim Zionis mengisytiharkan sebahagian tanah Palestin sebagai negara Israel pada tahun 1948. Apakah faktor utama yang menyebabkan terjadinya rampasan, penindasan dan jenayah apharteid di era moden yang amat mengharukan ini? Teruskan usaha membongkar kekejaman Israel Prof Madya Dr Faizal Kasmani Dekan Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan MEI 2021 10 |
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=