e-Risalah USIM - Edisi Mac 2022
MAC 2022 9 | ProgramCPSATahun 2020CatatKeuntungan RM179,000.00 JalinKerjasamadalamIndustriKreatif BUKOO iaitu buku digital penyelidikan sains dan teknologi dalam bentuk eBook dan audio book dan iLike – eCommerce platform keusahawanan untuk mempamerkan produk hasil inovasi pelajar dan staf seperti di platform Shopee, Lazada, dan seumpamanya. Sementara itu Dato’ Norman dalam ucapannya berkata, KRU sedang giat menjalinkan kerjasama dengan institusi- institusi pengajian tinggi dalam usaha berganding bahu untuk memartabatkan lagi platform keusahawanan yang boleh dilakukan dalam pelbagai cara walaupun daripada latar belakang yang berbeza. Ujarnya lagi, diharapkan penglibatan bersama industri dan ahli akademik akan melahirkan lebih ramai usahawan yang kreatif dari pelbagai segi pada masa akan datang dalam menjana ekonomi negara. Perjanjian MoU ini adalah rentetan daripada penempatan pensyarah, Dr. Safiyyah Ahmad Sabri di KRU melalui program CEO@Faculty anjuran Akademi Kepimpinan Tinggi (AKEPT) di bawah Kementerian Pengajian Tinggi yang memberi peluang libatsama di antara tenaga akademik dan industri tempatan. Majlis diteruskan dengan program forum secara dalam talian bertajuk ‘Memperkasakan Contentpreneur di Era Digital’. Ia disiarkan secara langsung menerusi platform Facebook USIMTV yang memaparkan tiga orang panel jemputan iaitu Dato’ Mohamed Ridza, Dato’ Norman serta Ketua Pegawai Eksekutif Tv Alhijrah, Encik Namanzee Harris serta Dr. Safiyyah Ahmad Sabri sebagai moderator. K luster Accounting, Shariah Audit and Governance (ASAG), Fakulti Ekonomi dan Muamalat (FEM) USIM mencapai keuntungan sekitar RM179,000 bagi yuran peperiksaan program Certified Professional Shariah Auditor (CPSA) bagi tahun 2020. Simbolik penyerahan ‘mock cheque’ ini diserahkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif IBFIM, Encik Yusry Yusoff kepada Naib Canselor Prof Dato Dr Mohamed Ridza Wahiddin pada majlis Hi-tea yang berlangsung di De.Wan 1958 by Chef Wan @ Bangi, Bangi Golf Resort. Program CPSA merupakan sebuah program profesional dalam bidang audit shariah yang ulung kali ditawarkan dengan kerjasama antara akademik dan industri iaitu antara USIM dengan IBFIM. Program ini menyaksikan kepakaran kedua pihak USIM dan IBFIM digabungkan bagi memastikan program ini relevan dan memenuhi keperluan semasa industri. “Dalam tempoh dua tahun program CPSA diperkenalkan, program CPSA telah berjaya menerima akreditasi penuh dari Finance Accreditation Agency (FAA), sebuah agensi akreditasi kewangan antarabangsa di bawah Bank Negara Malaysia (BNM) serta memperolehi kelulusan dari Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) untuk hakcipta serta tanda dagangan”. “Program CPSA juga telah diiktiraf oleh Association of Shariah Advisors in Islamic Finance (ASAS) di mana modul-modul CPSA diberikan pengecualian bagi pensijilan ASAS. Selain dari itu, program CPSA juga baru-baru ini diluluskan oleh Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera di bawah pelan Program Pembiayaan Pensijilan Profesional. Menerusi pelan ini, tajaan akan diberikan kepada calon-calon Bumiputera yang berkelayakan untuk menyertai program CPSA”, ujar Ketua Pegawai Eksekutif IBFIM, Encik Yusry Yusoff . Turut hadir jawatankuasa pengurusan tertinggi USIM, pengurusan IBFIM, Dekan FEM, Prof. Madya Dr. Zurina Kefeli @ Zulkefli.
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=