e-Risalah USIM - Edisi Mac 2022

MAC 2022 4 | KarnivalWarm-UpRamadan2.0, RaiKedatanganRamadan 66 Kadet Kor SISPA USIM ditauliahkan sebagai Leftenan Muda D alam mengadaptasi norma baharu sebagai satu usaha bersama dalam mengekang penularan wabak pandemik COVID-19, Karnival Warm-Up Ramadan diadakan pada tahun ini secara hibrid di Kompleks Islam Tuanku Muhriz USIM serta turut ditayangkan secara langsung menerusi saluran Facebook Rasmi Pusat Islam USIM. Karnival ini merupakan anjuran bersama Pusat Islam USIM dan tiga Sekretariat Pelajar yang bernaung di bawah Pusat Islam USIM iaitu Sekretariat Pusat Islam (SPI), Sekretariat Pendakwah Muda Malaysia (SPMM) dan Sekretariat Rakan Siswa YADIM (RSY). Penganjuran kali kedua ini menyaksikan lebih 20 program dan aktiviti yang dilaksanakan meliputi pelbagai tujahan khususnya dalam hal ehwal kerohanian. Terbahagi kepada beberapa tema iaitu Fiqh, Aqidah, Tafsir, Sirah, Psikologi, Hijrah, Hal Ehwal Wanita & Santunan Golongan OKU. Antara panel jemputan forum adalah Ustaz Dato’ Kazim Elias, Ustaz Harryanto Rizal, Syeikh Abdul Karim Al-Makki, Ustazah Fatimah Syarha dan ramai lagi meliputi figura dari dalam dan luar USIM. Selain aktiviti pengisian, terdapat juga aktiviti santai yang bertujuan memasyarakatkan masjid, antaranya aktiviti pertandingan E-Sport PES 2021, Congkak, Rush Design (Rekacipta Poster Terpantas), Klinik Rimayah (Bengkel Asas Memanah) dan banyak lagi. Menurut Muhammad Nur Fathi Mohd @ Mohamad Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam, Pusat Islam selaku penyelaras program berkata, tercetusnya idea untuk mengadakan Karnival Warm-Up Ramadan (KWUR) tujuan utamanya adalah ingin memupuk kesedaran masyarakat akan kehadiran Bulan Ramadan yang memerlukan S eramai 66 Kadet Kor Siswa Siswi Pertahanan Awam (Kor SISPA) USIM ditauliahkan sebagai Leftenan Muda Pertahanan Awam bagi tahun 2022. Majlis Pentauliahan Kor SISPA USIM telah dilaksanakan secara ringkas tapi penuh bermakna mengikut Standard Operasi Prosedur di Dewan Kuliah Pusat 4 tanpa kehadiran ibu bapa sebagai langkah bagi mengelakkan penularan Covid-19. Sesi penyampaian sijil disampaikan oleh Yang Amat Setia Pesuruhjaya Pertahanan Awam Dr. Haji Norhafifi bin Haji Ismail, Timbalan Ketua Pesuruhjaya Operasi, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia. Dalam majlis pentauliahan tersebut juga, Pegawai Kadet Sispa Nurul Naqibah Mohd Amdi,22, pelajar program Kejuruteraan Elektrik, Fakulti Sains dan Teknologi dianugerahkan sebagai Kadet Terbaik Kor SISPA USIM bagi tahun 2022. persiapan jitu agar ibadah yang dijalani bertepatan dengan tuntutan syarak selain membentuk sahsiah murni dalam kalangan masyarakat bagi menjadi insan kamil yang cemerlang dunia akhirat”. Jelasnya lagi, kelainan pada karnival kali ini adalah program Qiam & Explore: Lighten Up Your Day berkonsepkan Explorace yang dimulai seawal jam 4 pagi dengan ibadah-ibadah sunat yang dilakukan secara berjemaah. Program ini juga dapat merealisasikan elemen-elemen tarbiah dalam jiwa seseorang dalam mempersiapkan diri sebelum bertemu Ramadan selari dengan pemantapan citra Integrasi Ilmu Naqli dan Aqli dalam setiap diri mahasiswa, mahasiswi dan masyarakat khususnya. Perasmian penutup dirasmikan oleh Timbalan Naib Canselor Akademi dan Antarabangsa Prof Dr Mohd Radhi Ibrahim.

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=