e-Risalah USIM - Edisi Mac 2022
MAC 2022 3 | Begitu juga, bagi Mohamed Najmuddin Mazlan , 26 yang mengusahakan perniagaan biskut traditional warisan keluarga. Bidang pengajian yang dipilih tidak menghalang minat beliau untuk turut serta membantu keluarga memajukan perniagaan yang kini sedang mendapat sambutan. Najmuddin merancang untuk menyambung pengajian dalam Sarjana Neurologi di samping meneruskan perniagaan yang sedang diusahakan. Naib Canselor Prof. Dato Dr. Mohamed Ridza Wahiddin berucap pada Majlis Konvokesyen USIM Kali Ke-19 Sidang Tambahan, beliau menyatakan konsep prosumerisme ini amat penting untuk diterapkan dalam diri pelajar dan kakitangan kerana pelbagai cabaran perlu ditempuhi oleh pelajar khususnya apabila ingin mencari pekerjaan kelak. “Tambahan, World Economic Forum juga melalui The Future of Jobs Report 2020 mengganggarkan bahawa 133 juta jenis pekerjaan akan berubah menjadi pekerjaan baharu manakala 75 juta akan pupus disebabkan perkembangan teknologi”. Majlis Konvokesyen USIM Kali Ke-19 Sidang Tambahan ini diadakan khusus bagi meraikan 80 orang graduan Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK) USIM yang sepatutnya dijadualkan untuk bergraduasi dalam Majlis Konvokesyen pada 23 hingga 30 November 2021 lalu. Namun ditangguhkan kerana perubahan penjadualan takwim akademik dan tarikh penilaian peperiksaan akhir disebabkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) susulan Covid-19 tahun lalu. Mohamed Najmuddin Mazlan
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=