e-Risalah USIM - Edisi Mac 2022

Penaung: YBhg. Prof. Dato’ Dr. Mohamed Ridza Wahiddin Naib Canselor KetuaEditor: Dr. Hammad Farhi Mohd Saudi Pengarah Pusat Komunikasi Strategik (StraComm) SidangEditor: En. Mohd Zaini Othman Pn. Nor Fadzlina Azahari Pn. Noorumaina Mohamed Yunus En. Mohd Badrul HishamZakaria Pn. Saraina Kassim Konsep& Rekabentuk: Pn. Wahida Hj Abas En. Mohamad Hikhmal Hazali Fotografi: En. Kamarull Syamzari Kamaruddin En. Mohd Yusrizal Mohd Yunus MAC 2022 2 | Graduan USIM Sambut Konsep ‘Prosumer’ R ata-rata graduan masa kini bijak merebut peluang dan mencuba pengalaman baharu dalam mendepani dunia yang semakin mencabar. Bukan hanya menuntut ilmu di kampus, malah mereka juga berjinak-jinak untuk menjalankan perniagaan kecil-kecilan sekaligus membantu menaikkan taraf kehidupan mereka ketika di peringkat pengajian lagi. Konsep prosumer yang disemarakkan oleh Naib Canselor Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) disambut baik oleh graduan Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan yang bergraduasi semalam. Bertepatan dengan tema konvokesyen iaitu pandemik Covid-19 pemangkin prosumer Muslim yang berdisiplin, Muhammad Ikmal Mohd Riza , 26, kini mengusahakan perniagaan aksesori telefon sejak semester empat. Hasil disiplin dalam perniagaan yang diusahakan, segala perbelanjaan pengajian sehinggalah kos untuk mendirikan rumahtangga adalah hasil titik peluhnya dari usaha beliau sendiri. Selain membantu keluarganya, anak sulung dari lapan beradik ini turut memberi pekerjaan kepada adik beradiknya, dan mempunyai empat orang pekerja serta lebih dari 200 orang dropshipper . Beliau aktif menggunakan media sosial sebagai medium mempromosikan perniagaan. Muhammad Ikmal Mohd Riza Momen@USIM

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=