e-Risalah USIM - Edisi Mac 2022

Aktiviti Kesukarelawanan Jadi PilihanAli “Apabila menyebut berkenaan pengalaman yang tidak dapat dilupakan sepanjang mencurah bakti sebagai sukarelawan, pastinya tidak dapat melupakan segelintir mangsa yang mengalirkan air mata kerana bersyukur atas bantuan dan rezeki yang dikongsikan. Setiap air mata mereka ada bermacam cerita dan derita. Kenangan inilah yang menguatkan semangat saya untuk terus ‘turun padang’ berbakti sebagai sukarelawan.” “Harapan saya agar ramai lagi rakan- rakan USIM dan masyarakat di luar sana turut memberi khidmat sebagai sukarelawan. Pengalaman ini tiada di dapat diperoleh dan dijual di mana- mana” A li Zahran Thurmoodi , anak jati Selangor merupakan anak ke-5 dari 7 adik beradik yang di besarkan di Semenyih, Selangor, Mula berkhidmat di USIM sejak 20 tahun yang lalu, beliau ditempatkan di bawah Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah di samping membantu tugas fakulti-fakulti terdahulu pada ketika itu. Beliau ketika ini merupakan ahli aktif berjawatan Wakil Pelaksana bagi Badan Kebajikan Kakitangan USIM bagi Sesi 2021/2023. Membesar di sebuah kampung yang penuh dengan sifat bergotong royong, rewang dan seumpamanya banyak mendorong beliau menjadi sukarelawan USIM. Aktiviti kesukarelawan beliau bermula secara tidak langsung semasa kejadian banjir atau pun bah besar di Pantai Timur pada tahun 2013 sehinggalah banjir besar yang berlaku baru-baru ini. Bukan sahaja dalam konteks banjir, malah beliau turun membantu dalam mengedarkan sumbangan bagi individu/staf USIM yang terkesan semasa pandemik Covid-19 menular di kawasan sekitar Nilai dan Salak Tinggi, Selangor. Melihat sendiri pahit jerih mangsa banjir dan pesakit Covid-19 yang dikuarantin, malah ada antara mereka yang kehilangan ahli keluarga, ini sangat memberi kesan yang mendalam kepada beliau untuk sentiasa bersyukur dan menghargai erti kehidupan sebenar. Faces of USIM Ali Zahran Thurmoodi MAC 2022 19 |

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=