e-Risalah USIM - Edisi Mac 2022

Hari ini kita melihat ramai antara manusia berebut-rebut untukmenjadi pemimpin dari sekecil-kecil organisasi sehinggalah yang tertinggi. Adalah situasi ini merupakan satu fitnah yangmenyelubungi manusia? Tidak dinafikan, zaman ini merupakan zaman fitnah. Salah satu fitnah yang dilihat semakin membarah dalam masyarakat adalah fitnah pangkat dan kedudukan. Fitnah pangkat dan kedudukan termasuk dalam pembahagian fitnah syahwat disebabkan seseorang berkeinginan dengan kekuasaan yang berkait rapat dengan nafsu mereka untuk berkuasa. Demikian juga apabila seseorang yang akan kehilangan kuasa, nafsu keinginan untuk kekal dalam kekuasaan sangat besar. Fitnah pangkat dan kekuasaan merupakan fitnah terdahsyat yang melanda umat Nabi Muhammad SAW. Baginda Nabi SAW bersabda maksudnya: “Sesungguhnya aku hanya khuatir (takut) atas umatku ini para pemimpin yang menyesatkan” (Hadis Riwayat al- Tirmizi) Hadis ini datang dalam bentuk pengkhususan (takhsis) yang menjurus kepada fitnah yang akan menyebabkan umat Islam tergelincir ke dalamnya. Isyarat itu juga menunjukkan umat Islam yang paling ramai terfitnah dengan kekuasaan. Fitnah Dajjal merupakan fitnah terbesar yang akan menyelubungi manusia. Namun, adakah terdapat fitnah lain yang perlu manusia berhati-hati dengannya? Fitnah Dajjal akan menyelubungi manusia akhir zaman saat ketibaanya nanti. Namun sebelum ketibaan Dajjal, Baginda amat bimbang kepada keadaan pemimpin yang banyak menyesatkan orang lain. Perkara ini berdasarkan hadis dari Abu Zar r.a, dia berkata, aku mendengar Nabi SAW bersabda maksudnya: “Ketika aku Bersama Nabi SAWpada satu hari kerumahnya, aku mendengar baginda berkata: Bukan Dajjal yang lebih aku khuwatirkan terhadap umatku” Sebelum Baginda hendak masuk, aku bertanya: “apakah yang lebih engkau khuwatirkan atas umatmu daripada Dajjal itu?, Baginda menjawab:” Para pemimpin yang menyesatkan orang lain” (Hadis Riwayat Ahmad) Hadis ini memberi isyarat tentang satu bentuk fitnah yang akan terus-menerus melanda umat Nabi SAW iaitu fitnah kekuasaan. Nabi SAW menjelaskan kerisauan baginda tentang fitnah kekuasaan ini melebihi dari fitnah Dajjal. Ini jelas menunjukkan, fitnah Dajjal adalah lebih jelas berdasarkan pemahaman dan ilmu yang telah berkembang serta tempohnya adalah lebih pendek berbanding fitnah kekuasaan yang meliputi zaman. Mengapakah manusia mudah tergelincir ke dalamfitnahpangkat, kuasadankedudukan ini? Di antara penyebab manusia tergelincir ke lembah fitnah kuasa adalah mereka yang ingin berdampingan dengan penguasa. Dari Ibnu Abbas r.a, Nabi SAW bersabda maksudnya: “Barangsiapa yang tinggal di desa akan menjadi kasar perangainya, barangsiapa yang mengejar binatang buruan maka dia akan lalai, Barangsiapa yang datang kepada penguasa maka dia akan terfitnah” (Hadis Riwayat al- Tirmizi) Dalam riwayat lain Nabi SAW bersabda maksudnya: “Barangsiapa yang tetap menghampiri penguasa maka di akan terfitnah, tidaklah seseorang itu bertambah dekat dengan penguasa kecuali dia bertambah jauh dari Allah” (Hadis Riwayat Abu Daud) Gambaran utama dalam hadith ini menjelaskan keadaan manusia apabila menghampiri penguasa, menjadi orang dekat kepada mereka, atau menjadi orang yang mengetuk pintu-pintu pejabat atau rumah mereka merupakan sumber kepada terjadinya fitnah. Apabila seseorang menghampiri penguasa, perkara-perkara seperti membodek, bermanis muka, ‘menjilat’ mereka akan menjadi barah yang berbahaya kepada agama Islam. Namun, sekiranya dia tidak menghiraukan penguasa, maka kesannya hanya di dunia sahaja. Adakah perbezaan taraf kehidupan menjadi punca kepada fitnah ini? Perbezaan taraf kehidupan manusia melalui harta, dan kebijaksanaan kurniaan Allah SWT turut menyebabkan manusia tergelincir ke dalam fitnah pangkat dan kedudukan yang membinasakan. Fitnah pangkat dan kedudukan ini antara ujian yang besar menimpa umat Nabi SAW terutamanya apabila manusia setiap hari dan masa mengejar pangkat dan kedudukan yang lebih tinggi bertujuan memperolehi pendapatan (gaji atau elaun) yang lebih besar. Pangkat dan Kedudukan Fitnah Dr Khairul Asyraf Mohd Nathir Pensyarah Kanan Fakulti Pengajian Bahasa Utama MAC 2022 16 |

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=