e-Risalah USIM - Edisi Mac 2022

MAC 2022 15 | contonya diabetes, tanpa mendapat darah tinggi, kolesterol mahupun sakit jantung. Penyakit diabetis merupakan penyakit kronik yang sangat bahaya sehinggakan ia digelar sebagai pembunuh senyap. Hal yang demikian adalah kerana seseorang itu tidak mengalami apa- apa sakit walaupun darah mereka sudahpun tinggi dengan gula. Kajian menunjukkan tempoh senyap atau tempoh tanpa gejala ini adalah lebih daripada 5 tahun sebelum seseorang itu biasanya dapat dikesan mendapat penyakit diabetis jenis 2. Begitu juga dengan penyakit darah tinggi. Kebanyakan pesakit tidak sedar yang mereka sebenarnya sudah lama mendapat darah tinggi sebelum dikesan. Ramai yang hanya dikesan semasa berjumpa doktor disebabkan oleh sakit lain seperti demam dan semasa membuat ujian kesihatan sebelum melanjutkan pelajaran atau naik pangkat. Perkara ini sewajarnya patut dielakkan kerana mencegah lebih baik daripada mengubat. Apabila penyakit tersebut sebenarnya telah lama “bertapak“ di dalam badan, maka komplikasi disebabkan oleh gula dan darah yang tinggi akan merosakkan organ dalaman. Ini termasuklah jantung, otak, sistem saraf, mata, dan buah pinggang. Penyakit tinggi kolesterol pun begitu. Manakala penyakit jantung, kebiasaanya adalah disebabkan kesan diberikan oleh penyakit darah tinggi dan kolesterol akibat gaya hidup yang tidak sihat. Lihatlah sekarang, zaman moden ini menyebabkan kita tidak aktif dengan adanya gajet yang kononnya canggih, tetapi menjadi racun yang membunuh kesihatan kita. Kemunculan makanan dan minuman yang ditambah lebih gula dan lemak sememangnya mencuri minat pelanggan untuk menikmatinya. Sedap dijamah namun tanpa kesedaran tinggi tentang wajibnya menjaga kesihatan, kita akan terjerumus dalam kategori berisiko mendapat penyakit berangkai. Jangan terpedaya kononnya kita tidak berisiko kerana kita tidak obes dan tiada sejarah keluarga yang mempunyai penyakit berangkai. Perlu diingat bahawa gaya hidup yang tidak sihat semakin menjadi faktor utama sesorang menghidap penyakit berangkai itu. Semakin ramai pesakit tinggi kolesterol mempunyai jisim berat badan yang optimum dan ramai juga pesakit jantung dialami oleh orang muda. Negara akan mengalami kerugian bukan sahaja terpaksa membayar kos perubatan bagi merawat komplikasi, tetapi terpaksa mengalami kerugian disebabkan rakyatnya yang tidak sihat. Ini adalah kerana mereka tidak dapat bekerja kerana selalu terpaksa cuti sakit dan berjumpa doktor seterusnya bekerja hanya separuh hari. Kehilangan organ penting seperti buta dan kudung disebabkan komplikasi diabetis amat biasa dihadapi, seterusnya mengakibatkan pesakit tidak dapat bertugas seperti sediakala. Malah ada yang terpaksa pencen awal dan ada yang terpaksa bertukar tugas. Kesemua ini merupakan beban kepada syarikat dan umumnya kerajaan. Berikutan itulah kerajaan telah mengenepikan belanjawan yang tinggi setiap tahun dalam bidang kesihatan demi memastikan rakyat sihat dengan memberikan harga khidmat kesihatan jauh lebih rendah berbanding negara luar. Menurut Menteri Kewangan Malaysia, YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz, negara berbelanja lebih RM70 bilion atau 5% daripada keluaran dalam negara kasar (KDNK) untuk penjagaan kesihatan pada tahun 2021. Subsidi ubat, perawatan dan ujian diagnostik adalah antara segmen di mana kerajaan dapat mengurangkan beban rakyat. Dengan bayaran hanya satu ringgit, rakyat boleh mendapatkan perkhidmatan di klinik dan hospital kerajaan — memang tidakmasukdekakal. Oleh yang demikian sebagai rakyat Malaysia, wajiblah kita menjaga kesihatan kita sebaik mungkin. Berjumpalah dengan doktor bagi mengesan penyakit berangkai ini kerana pengesanan di peringkat awal banyak manfaatnya, di samping kita rasa lebih yakin menempuh hari-hari mendatang. Teruskan gaya hidup yang sihat agar dijauhi oleh penyakit berangkai yang boleh meragut nyawa kita pada bila-bila masa sahaja.

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=