e-Risalah USIM - Edisi Mac 2021

MAC 2021 9 | nasihat supaya sentiasa berada pada jalan yang benar. Justeru, atas hal yang sedemikianlah maka fungsi da‘wah itu dijadikan tanggungjawab supaya manusia merasa saling kasih mengasihi antara sesama mereka dengan berpesan-pesan demi kebenaran agar kesemua dari mereka mendapat keselamatan dari kemurkaan Allah. Orang yang melaksanankan tanggungjawab inilah dikenali dengan tugasan sebagai pendakwah (dā‘i (kata nama tunggal) du‘āt (kata nama majmuk)). Tetapi, da‘wah itu tidak boleh sama sekali dilakukan hanya dengan adanya rasa tanggungjawab tersebut. Intipati utama dalam menggerakkan usaha itu adalah dengan ilmu. Ilmu dalam konteks da‘wah ini pula terbahagi kepada dua dimensi utama. Dimensi pertama adalah ilmu sebagai bekal dan hujah kepada para pendakwah iaitu Islam itu sendiri yang mengandungi ilmu fundamental berasaskan wahyu daripada Quran dan Hadith dan juga ilmu alat. Ilmu fundamental adalah mengenai Islam yang terbahagi kepada dua cabang utama iaitu Usuluddin dan Syariah. Manakala ilmu alat pula adalah ilmu yang berkaitan tatacara dan kaedah memahami ilmu fundamental tersebut melalui pelbagai cabang yang melibatkan pelbagai disiplin antaranya ilmu bahasa dan komunikasi, perbandingan agama, ‘ulūm Quran, ‘ulūm Hadith, usul fiqh dan juga ilmu berkenaan teori menyampaikan da‘wah. Dimensi kedua adalah ilmu memahami tingkahlaku manusia dalam konteks kehidupan realiti mereka atau secara akademik, disiplin ilmu ini dikenali dengan istilah antropologi-sosiologi dan psikologi. Ilmu sosial dan kemanusiaan ini sangat signifikan untuk dikuasai kerana dengan memahami kondisi sebenar mad’u, barulah da’wah itu dapat diberikan dengan efektif umpama doktor perubatan yang perlu mengenalpasti penyakit pesakitnya terlebih dahulu agar ubat yang diberikan adalah betul dan berkesan (Abdul Karim Zaidan, 2000). Tidak terbatas kepada dua disiplin ini, bahkan para pendakwah perlu memiliki ilmu kemahiran insaniah ‘soft-skill’ yang lain iaitu yang bermanfaat untuk urusan kehidupan di dunia ini. Sungguhpun segala keperluan ilmu tersebut dapat dikuasai dengan baik, jangan dirasa tanggungjawab sudah tertunai. Jangan dirasa diri sudah sempurna mahupun sudah hebat. Kerana hakikat keberkesanan ilmu dari da‘wah yang disampaikan adalah bertitik tolak dari nilai akhlak yang dipamerkan. Akhlak adalah kayu ukur kepada kesemua amalan kerana itulah kemuncak kepada ilmu. Akhlak juga mempunyai dua dimensi iaitu berakhlak pada sang khāliq iaitu Allah tuhan yang menciptakan segalanya dan berakhlak kepada sesama manusia dan segala isi alam yang merupakan makhluk yang diciptakan. Mengurus akhlak adalah antara cabaran setiap manusia kerana sering kali sahaja kita ini manusia akan terjerumus kepada ‘cakap tidak serupa bikin’. Kerana itu Allah juga murka kepada orang yang mengatakan apa yang mereka tidak lakukan (Surah al-Ṣaf: 3). Istilah ‘pendakwah mi segera’ atau ‘pendakwah selebriti’ dengan konotasi maksud yang negatif misalnya, kadangkala bukanlah kerana cetek ilmunya, akan tetapi itulah sifat hati yakni qalb yang sentiasa berbolak balik, kekuatan iman yang dalam keadaan naik dan turun menepis segala godaan makhluk ghaib dan fitnah dunia yang bermacam ragam. Persiapan ilmu perlu dipakejkan dengan persiapan akhlak. Ilmu yang tidak melahirkan akhlak yang mulia adalah ilmu yang batil. Justeru, dā‘i juga dalam pada masa yang sama adalah mad‘u sebenarnya. Serta bukanlah pendakwah itu nama rasmi bagi mereka yang berlatar belakang pengajian Islam sahaja. Akan tetapi kelebihan mereka yang dari bidang tersebut mampu memahami sumber wahyu dengan lebih mendalam untuk memberi penerangan. Bagi mereka di bidang disiplin ilmu yang lain, mereka juga adalah dā‘i sekiranya mereka menjalankan tanggungjawab mengajak manusia kepada Allah dengan bidang kemahiran dan kepakaran masing-masing. Yang jelas, tugas berdakwah perlu dipikul oleh semua secara kolektif berganding bahu dalam saling berpesan dan ingat mengingati. Akhir kalam, da‘wah adalah tanggungjawab kita semua sebagai muslim dengan berasaskan ilmu yang benar dan dipamerkan dengan akhlak yang menjadi tauladan. Allahu ta’ala a‘lam. Artikel ini telah diterbitkan di Portal In Other Words oleh FKP. Layari http:// fkp.usim.edu.my/articles/

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=