e-Risalah USIM - Edisi Mac 2021
adalah manifestasi tanggungjawab, ilmu, dan akhlak Dr Nik Suhaida Nik Abdul Majid, Pensyarah Kanan Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan MAC 2021 8 | Walaubagaimanapun, manusia itu telah dibekalkan dengan fitrah sunnatullah yang menjadikan mereka merasakan keperluan hidup bertuhan dan telah ditiupkan fitrah tentang kewujudan dan keesaan Allah (rujuk surah al-Rūm: 30, al-Zukhruf: 87, al-A‘rāf: 172). Dalam hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah juga merekodkan bahawa setiap kelahiran itu adalah dilahirkan secara fitrah iaitu dengan maksud sudah beriman kepada Allah (al-Bukhari, 2004, no hadis: 1385). Demikianlah lazimnya, waktu yang paling manusia sangat mencari tuhan adalah bila mana mereka sedang dalam keadaan yang paling derita dan duka. Allah juga sengaja menciptakan manusia ini dengan kepelbagaian perbezaan agar manusia berusaha untuk saling menyempurnakan antara satu sama lain dan bukan untuk saling menandingi. Sebab itu orang yang dilahirkan dalam keluarga yang tidak mengenali Islam, mereka berhak diberi penerangan tentang Islam. Malah orang yang sudah Islam pula mereka perlu sentiasa mendapat bimbingan, teguran dan M aka jelas bahawa da‘wah merupakan satu tuntutan ke atas setiap individu muslim yang memiliki syarat yang cukup sebagai mukallaf. Ini kerana Allah telah memberi satu pangkat besar kepada manusia iaitu sebagai khalifah. Maka tugas utama sebagai khalifah ini adalah mentaati segala perintah Allah dan memastikan dunia ini makmur dengan kehidupan manusia yang dipandu dengan tauhid (surah al-Baqarah: 30). Bagi memastikan tugasan tersebut dapat dilaksanakan, manusia memikul amanah yang sangat berat iaitu da’wah. Maka atas sebab itulah para nabi diutuskan untuk menjadi rujukan kepada setiap generasi manusia dalam memakmurkan alam ini dengan tanggungjawab berdakwah. Mengapa bumi ini perlu dimakmurkan dengan da‘wah dan mengapa Allah menjadikan da‘wah sebagai tanggungjawab kepada manusia, sedangkan Allah mampu sahaja memberikan petunjuk dan hidayah kepada semua manusia yang diciptakannya untuk terus tunduk dan taat kepadanya? Benar, Allah itu maha mampu untuk semua itu. Tetapi paradigma yang perlu ada dalam dasar pemikiran setiap muslim adalah, penciptaan manusia di atas muka bumi ini adalah satu bentuk ujian bagi melayakkan manusia itu diberi kebahagiaan abadi atau penyeksaan abadi di dunia satu lagi yang dinamakan sebagai akhirat. Watak utama yang diciptakan sebagai pemberat kepada ujian ini adalah iblis dan syaitan yang menguasai manusia melalui godaan jahat yang teramat dahsyat ke dalam hati manusia bagi memastikan tingkah laku manusia ini Secara terjemahan literal, da‘wah dapat difahami dengan banyak perkataan antaranya seperti menyeru, mengajak, memanggil, menjemput, meminta pertolongan, beribadat dan lain-lain lagi. Perkataan da‘wah ini juga telah diserap ke dalam bahasa Melayu dengan ejaan ‘dakwah’. Kamus Dewan (2010) mendefinisikan perkataan dakwah sebagai ‘kegiatan menyeru dan meyakinkan orang lain supaya menerima sesuatu kepercayaan’ dan secara bahasa percakapan perkataan ini dirujuk dengan maksud penyebaran ajaran agama Islam. Manakala jika merujuk Al- Quran, perkataan da‘wah mempunyai tafsiran khusus yang bermaksud membawa manusia kepada Allah (surah al-Māidah: 67, al-Naḥl: 125, al-Qaṣaṣ: 87 dan ‘Āli-Imrān: 104 & 110). Justeru, para ulama memperbahaskan ayat-ayat tersebut dengan mengambil penjelasan hadis sehingga da‘wah itu dihukumkan dalam dua bentuk iaitu fardu ain dan fardu kifayah. Ringkasnya, sebagaimana Ab Aziz Mohd. Zin (1997) simpulkan, da‘wah adalah fardu ain yang mengikut kemampuan masing-masing. Ianya terdiri daripada dua elemen utama iaitu usaha dan pengajaran. Usaha tersebut adalah seruan yang terancang iaitu mempunyai metodologi (manhāj) yang bersesuaian dari aspek gaya pendekatan (uslūb) dan medium penyampaian (wasīlah) dalam mendepani pelbagai kumpulan manusia (mad‘u). Manakala pengajaran pula adalah syariat Islam itu sendiri yang bukan hanya menumpukan aspek ilmu wahyu atau masyhur dengan istilah ‘ilmu agama’ bahkan seluruh ilmu yang bermanfaat kepada kehidupan manusia di dunia. terpesong dari wahyu Allah. Mereka telah disytiharkan sebagai musuh yang nyata bagi manusia selama- lamanya (surah al-Baqarah: 208). Oleh kerana itu, masalah tingkahlaku manusia tidak akan pernah tamat. Keruntuhan ketamadunan dan peradaban, kemiskinan nilai kemanusiaan serta sifat ‘kebinatangan’ yang kita saksikan pada masyarakat hari ini adalah bukti jelas penjajahan sifat iblis dan syaitan dalam diri manusia. Da’wah
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=