e-Risalah USIM - Edisi Mac 2021
MAC 2021 7 | Rujukan: Muhammad Faisal Abdul Aziz. Islam dan Pemikiran Reformis Masa Hadapan. (ABIM Press: Kuala Lumpur, 2019). R.S., Klassen, A., Wenger, D., Rand, A. and M. Slade. 2020. “Youth and Satisfactionwith Democracy: Reversing the Democratic Disconnect?” Cambridge, United Kingdom: Centre for the Future of Democracy. Syed Hussein al-Attas. Intelectual in the Developing Society. (Routledge: New York, 1977) Tareq al-Suwaidan. Al-Khittah Al-Istrātījiyyah li-Nahḍah al-Ummah. (2019). Hikmah pertama Allah SWT menjelaskan akan wujudnya maslahah di dunia ini yang memerlukan khalifah iaitu manusia untuk menguruskannya. Hikmah kedua, Allah SWT menyakini akan kemampuan manusia untuk melakukan islah berdasarkan ilmu dan ‘aqal yang dikurniakanNya serta diajarkan kepada manusia seperti yang terakam di dalam kisah Nabi Adam (AS). Keyakinan dan pengiktirafan dari Allah SWT kepada manusia merupakan manifestasi kehebatan dan keupayaan ‘aqal manusia dalam menangani kefasadan yang turut dilakukan manusia itu sendiri. Memahami dua hikmah tanggungjawab sebagai khalifah; kemahiran dan penglibatan dalam mengurus maslahah dan kekuatan ilmu serta keupayaan ‘aqal – golongan belia seharusnya berperanan penting dan terkehadapan di dalam memimpin kemajuan negara serta memastikan tadbir urus negara dilaksanakan demi kesejahteraan masyarakat secara adil dan saksama. Dr Tareq al-Suwaidan di dalam bukunya “Al-Khittah Al-Istrātījiyyah li-Nahḍah al-Ummah” menggariskan 10 strategi perubahan dalam memastikan ketamadunan bangsa dapat dibangunkan. Salah satu darinya ialah elemen tadbir urus yang merupakan tunjang terpenting yang mesti diberi perhatian (Tareq Suwaidan, 2019). Selain itu, Dr Tareq turut menegaskan bahawa kemajuan sesebuah tamadun baru bergantung kepada komponen budaya bangsa yang mesti difahami dan dihormati oleh semua warga di dalam sebuah negara. Perkara yang sama turut pernah disinggung oleh Prof Dr Syed Hussein al-Attas. Beliau menjelaskan amat penting pembinaan sesebuah tamadun bangsa mahupun negara diterajui golongan intelektual yang tidak jadong (Syed Hussein al-Attas, 1977). Mengulas lanjut perihal tersebut, Prof Dr Farid al-Attas menjelaskan pentingnya golongan intelektual memimpin tadbir urus sesebuah negara sebagai jalan keluar kepada dua permasalahan pokok yang bersifat teoretis dan praktikal. Ini adalah kerana, tujuan intelektual itu adalah untuk membebaskan diri daripada tawanan minda (captive mind). Akibat dari kegagalan untuk membebaskan diri dari minda tertawan, mengakibatkan seseorang itu terus terperangkap di dalam permasalahan amali seperti tidak berupaya melawan rasuah, tiada nilai peribadi yang baik, ekstrim dalam beragama dan kelakuan serta pemikiran yang tidak mencerminkan akal budi yang luhur. Persoalannya, adakah golongan belia di Malaysia berupaya dan bersedia untuk memikul tanggungjawab lantas memacu perubahan? Adakah mereka benar-benar faham dan percaya pengamalan tadbir urus yang baik adalah jawapan kepada dua krisis global sekarang; krisis kepimpinan dan krisis nilai? Maka amatlah penting golongan belia mempersiapkan diri untuk memimpin naratif baharu tadbir urus negara. Tidak seharusnya gaya kepimpinan lama yang terlibat dengan salah laku, rasuah, boros, penyelewengan dan khianat menjadi tauladan. Nabi Muhammad (SAW) turut mengingatkan sekiranya asas kepimpinan itu didasari sifat khianat, maka bersedialah menghadapi kehancuran di kemudian hari. Walaupun Center for the Future and Democracy yang berpusat di University of Cambridge melaporkan kebanyakan belia di pelbagai negara semakin hilang keyakinan terhadap sistem demokrasi, namun ia tidak boleh menjadi hujah utama dan digeneralisasikan. Memperakui krisis kepimpinan dan kepercayaan yang berlaku disumbangkan dari sistem demokrasi sedia ada, tetapi, melalui sistem demokrasi juga keadilan dapat ditegakkan dan terbukti bertahan lama di kebanyakan negara barat termasuk Malaysia. Seperti mana Malaysia mendapat kemerdekaan melalui rundingan aman dan disusuli dengan proses demokrasi tanpa pertumpahan darah, maka seharusnya medan yang sama menjadi asas perubahan dan transoformasi negara yang lebih baik dengan penglibatan luas golongan belia. Bekas Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UN), Kofi Annan pernah menyebut; “No one is born a good citizen; no nation is born a democracy. Rather both are processes that continue to evolve over a lifetime. Young people must be included from birth. A society that cuts off from its youth severs its lifeline.” Maka, dengan itu adalah penting untuk setiap dari kita, terutama golongan belia memikul tanggungjawab memastikan negara dipimpin secara adil berserta tatakelola yang baik. Membiarkan kerosakan mewenang yang akhirnya menyebabkan negara berhutang dan masyarakat berpecah- belah adalah perkara yang mesti dielakkan. Bahkan, membina persefahaman antara kaum yang damai, membangun kemajuan secara aman dan mapan serta menyemai kesepaduan rasa hormat menghormati adalah teras kepada kegemilangan negara majmuk seperti Malaysia yang mesti ditunjangi golongan belia dan intelektual. Seperti mana tema Hari Belia Negara 2020, “Dekad Ini, Dekad Anda”, maka, ayuh para belia, Malaysia perlukan anda! Hasnan, H. A. (2020) Ini nasihat Sultan Perak kepada mereka yag mempunyai kuasa. Astro Awani. retrieved from https://www. astroawani.com/berita-politik/ini-nasihat-sultan-perak-kepada-mereka- yang-punya-kuasa-272507 https://ydata.iyres.gov.my/iyresbankdataV2/www/index.php?r=pub / home/readcontent4&id=134 Artikel ini telah diterbitkan di Portal In Other Words oleh FKP. Layari http://fkp.usim.edu.my/articles/
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=