e-Risalah USIM - Edisi Mac 2021
“Beri aku 10 pemuda, pasti aku akan menggoncang dunia” Soekarno, Presiden pertama Indonesia. “The youth of today are leaders of tomorrow” Nelson Mandela, Presiden pertama Afrika Selatan. Dua kenyataan di atas adalah pengiktirafan kepada kemampuan belia dalam mencorak perubahan bagi sesebuah negara. Ia bukan pernyataan kosong yang tidak membawa apa-apa kesan. Tetapi frasa tersebut berupaya membangkitkan kesedaran belia untuk memimpin perubahan atau melakukan islah demi masa depan yang gemilang dan berwawasan. Oleh sebab itu, frasa ini sering dilaungkan oleh politikus yang belum berkuasa untuk mendapatkan sokongan. Dalam masa yang sama, pernyataan ini juga dianggap ancaman kepada pemerintah semasa kerana mereka tidak bersedia diganti oleh orang lain. D alam titah ucapan Istiadat Perlantikan dan Mengangkat Sumpah Jawatan Menteri Besar Perak ke-14, Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah mengingatkan pemimpin negara mahupun negeri yang diberi kuasa untuk kekal konsisten dan komited dalam menjalankan amanah, dengan menegakkan amar ma’ruf dan tegas menentang segala kemungkaran (Hasnan, 2020). Selain kemungkaran yang berasaskan kepercayaan agama yang perlu dikawal rapi, kemungkaran yang boleh merosakkan sektor sosial dan ekonomi seperti salah guna kuasa, rasuah, ketidakadilan dan memecah-belahkan masyarakat adalah perkara yang mesti dielakkan. Tindakan membendung kerosakan tersebut dari berlaku boleh dijadikan panduan kepada generasi baru untuk turut serta melakukan perubahan dan transformasi tadbir urus negara secara menyeluruh dan berkesan. Keperihatian Sultan Nazrin amat tepat pada masanya. Ini adalah kerana dunia hari ini menghadapi pelbagai krisis yang belum pernah berlaku di dalam mana-mana zaman dan ketamadunan moden. Sebagai contoh, Edelmen Trust Barometer melaporkan indeks kepercayaan kepada kerajaan adalah yang terendah untuk 4 tahun berturut- turut (2017-2020) berbanding sektor korporat dan NGO (badan bukan kerajaan). Dan pada tahun 2020, pemimpin kerajaan (ahli politik) dan pemimpin agama tergolong di dalam tiga kumpulan pemimpin yang paling tidak dipercayai (Edelmen Trust Barometer Report, 2020). Dari laporan ini jelas menunjukkan krisis kepimpinan dan krisis nilai adalah dua krisis global yang mesti ditangani segera dengan penglibatan ampuh dari golongan belia yang berfikiran reformis (islah). Muhammad Faisal Abdul Aziz (2018) di dalam bukunya, “Islam dan Pemikiran Reformis Masa Hadapan” menegaskan pemikiran reformis atau islah adalah tanggungjawab kekhalifahan yang perlu dipikul semua pihak secara bersama dalam membendung kerosakan dari berlaku di dunia ini. Merujuk kepada ayat 30, surah Al-Baqarah, Syeikh Wahbah Zuhaili mendatangkan dua hikmah dari dialog antara malaikat dengan Allah SWT yang mempersoalkan kemampuan manusia dipertanggungjawabkan tugas sebagai khalifah. Peranan belia dalam tadbir urus negara Dr. Mohd Faridh Hafez Mhd Omar Pensyarah Kanan Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan In Our Words Mac 2021 6 |
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=