e-Risalah USIM - Edisi Mac 2021
Campus News MAC 2021 2 | ProgramPengurusandanPelancongan danTeknologi Industri Kesihatan Dua program baharu USIM P rogram Sarjana Muda Pengurusan dengan Pelancongan (Kepujian) bagi melahirkan modal insan berkebolehan sebagai pengamal industri pelancongan yang berkemahiran menyelesaikan masalah, berkeusahawanan dan mampu berkomunikasi dengan baik serta mengamalkan etika kerja Islam. Program Sarjana Muda Teknologi Industri Kesihatan memberi peluang kepada pelajar menceburi bidang teknologi kesihatan dengan menawarkan peluang pekerjaan sebagai Eksekutif Perubatan Halal, Pakar Peralatan Kesihatan dan Perubatan, Konsultan, Auditor dan Pengurus Peralatan Perubatan. Dua program akademik baharu peringkat Sarjana Muda ditawarkan di Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan dan Fakulti Sains dan Teknologi bakal memulakan pengambilan pelajar sulungnya pada Oktober ini bagi Sesi Akademik 2021/2022. 1. USIM kini mempunyai 88 programakademik di peringkat Tamhidi, Pra Siswazah dan Pasca Siswazah 2. ProgramSarjanaMuda Pengurusan dengan Pelancongan ditawarkan dalammod kerja kursus dan juga 3U1i. Pelajar berpeluang belajar secara praktikal dengan bimbingan pengamal industri. 3. ProgramSarjanaMuda Teknologi Industri Kesihatan berkonsepkan 2u1i iaitu 2 tahun pengajian di USIMdan 1 tahun di industri kesihatan seperti indus tri pembuatan peralatan hospital, perubatan dan bahan teknologi perubatan, hospital dan pusat- pusat rawatan pesakit luar seperti pusat rehab dan dialisis. InfoUSIM “Kami mengharapkan agar penawaran program akademik baharu ini akan berjaya menarik minat para pelajar khususnya pelajar aliran agama untuk mengembangkan kemahiran dan potensi dalam bidang pengurusan dan sains sekaligus membantu Prof. Dr. Abdul Rahim Abdul Rahman Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa (TNCAA) menjayakan visi dan misi USIM untuk melahirkan profesional Muslim dalam pelbagai bidang pekerjaan”
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=