e-Risalah USIM - Edisi Jun 2022
JUN 2022 9 | H azimuddin Danish Asmadi rangkul Johan e-Mimbar Daie Bahasa Melayu, manakala Muhammad Danish Zaquan Mohd Nazri, rangkul Johan e-Mimbar Daie Mandarin bagi Program Ihtifal Lughawi Sekolah-Sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) (ILSS) peringkat Negeri Sembilan. Masing-masing merupakan pelajar tahap dua dan tahap satu Kolej Genius Insan USIM yang berjaya mengalahkan peserta daripada sekolah-sekolah di daerah Seremban sekaligus mewakili Negeri Sembilan untuk bertanding ke peringkat kebangsaan. Bagi daie Bahasa Melayu telah dibimbing oleh Encik Nor Adlyizan Bin Theis manakala daie Mandarin telah dibimbing oleh guru bahasa Mandarin iaitu Puan Siti Asiah binti Zukifli. Kedua-dua pertandingan e-Mimbar Daie Bahasa Melayu dan Mandarin ini adalah pertandingan yang bertujuan unuk mengembangkan potensi murid Islam dalam bidang pengucapan awam kontemporari dalam bahasa Melayu mahupun Mandarin berasaskan kurikulum Pendidikan Islam KPM. Persembahan murid bagi kedua acara ini disampaikan dalam keadaan santai, kreatif, menarik perhatian dan mampu menyentuh hati pendengar. Penyertaannya adalah melibatkan sekolah-sekolah di peringkat Daerah, Negeri dan Kebangsaan. DuaPelajarKolejGenius Insan USIMakanmewakili e-MimbarDaie BahasaMelayudanDaieMandarin peringkatKebangsaan
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=