e-Risalah USIM - Edisi Jun 2022

JUN 2022 8 | PelajarKolej GENIUS InsanCatat Keputusan Cemerlang SPM2021 K eterujaan 42 pelajar Kolej Genius Insan di USIM yang menerima keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021 jelas tergambar apabila masing-masing memperolehi keputusan yang cemerlang. Pelajar SPM 2021 ini merupakan calon SPM yang berdepan dengan cabaran dari segi pelaksanaan kaedah Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) secara dalam talian ketika pandemik Covid-19 melanda dunia. Seramai empat orang pelajar memperoleh keputusan 11A, lapan pelajar (10A), Sembilan pelajar (9A). Manakala lima pelajar masing-masing peroleh (8A) dan (7A), tiga pelajar peroleh (6A). Sementara itu, dua pelajar masing-masing peroleh (5A) (4A) dan (3A) dan seorang pelajar peroleh (2A). Pengurusan masa yang baik serta mengulangkaji pelajaran bagi subjek yang lebih kritikal antara tip yang dikongsikan oleh Muhammad Zaim Mohamad Shukri, 19, berasal dari Jitra, Kedah yang merupakan Pelajar Cemerlang SPM 2021 yang peroleh 11A+ di KGI. Manakala bagi pasangan kembar Nurul Fatihana Abdul Rahman dan Nurul Fatiha Abdul Rahman berasal dari Seremban melahirkan rasa syukur dengan keputusan yang diperolehi. Anak kedua dan ketiga dari tiga adik beradik ini masing-masing perolehi keputusan 8A dan 10A. Sementara itu, Dr Hayati Ismail Pengarah KGI mengucapkan tahniah kepada para pelajar, ibu bapa dan tenaga pengajar atas pencapaian yang cemerlang dan usaha yang dilakukan sepanjang menjalani PdP yang mencabar sepanjang pandemik Covid-19. “Saya harapkan anak-anak KGI ini dapat menerapkan dan mempraktikkan pengintegrasian ilmu Naqli dan Aqli di mana sahaja mereka berada”.

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=