e-Risalah USIM - Edisi Jun 2022

JUN 2022 6 | M uhammad Nur Afiq Kamarul Arifen, Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah dan Shamsul Aiman Mu’amar Shamsul Bahrin dari Fakulti Pengajian Bahasa Utama telah dipilih sebagai Johan dan Naib Johan pada sesi akhir Kejohanan Motivator Muda Piala Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti yang dianjurkan oleh USIM. Johan dan Naib Johan ini akan bertanding di Kejohanan Intervasity Young Motivator Competition (I-Mac) peringkat kebangsaan yang akan diadakan pada bulan November 2022 akan datang anjuran Majlis Kaunseling dan Kerjaya Universiti-universiti Awam (MAKUMA) dengan kerjasama Kementerian Pengajian Tinggi (KPT). Pemenang tempat pertama membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM1,800.00 berserta piala pusingan, diikuti tempat kedua menerima hadiah wang tunai RM1,500.00 manakala tempat ketiga menerima hadiah wang tunai RM1,000.00. Kategori Persembahan Terbaik dan Video Terbaik masing-masing membawa pulang wang tunai RM500.00. Program yang diadakan sebagai acara tahunan ini bertujuan untuk mencari bakat mahasiswa yang boleh diketengahkan sebagai Ikon Motivator Muda kepada masyarakat. Program ini telah dianjurkan mulai tahun 2014 dan memberi impak kepada universiti untuk menghasilkan pelajar yang cemerlang sebagai pembimbing dan mempunyai kemahiran pengucapan awam yang berasaskan motivasi. Kejohanan ini berlangsung selama 5 hari bermula 25 Jun 2022 melalui penganjuran bengkel dan peringkat saringan telah berlangsung pada 27 Jun 2022. Seramai 5 peserta telah layak dipilih ke peringkat akhir dan Majlis Perasmian Penutupan Kejohanan Motivator Muda Piala Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti disempurnakan oleh Yang Berhormat Senator Datuk Dr. Haji Zulkifli Mohd Al-Bakri, Pengerusi Lembaga Pengarah USIM. “Seramai 14 orang peserta daripada pelbagai fakulti di USIM telah menyertai kejohanan ini dan kelainan yang diketengahkan Tilawah dan Hafazan Peringkat Kebangsaan 2022 USIM Hantar Wakil ke Intervasity Young Motivator Competition (I-Mac) 2022 Peserta dari USIM Bertanding T iga mahasiswa USIM mewakili negeri masing-masing untuk bertanding di Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Kebangsaan 2022 yang berlangsung di Dewan Besar Pusat Islam Iskandar Johor bermula 12 hingga 17 Jun baru baru ini. Mereka adalah Aiman Ridhwan Mohamad Ramlan, pelajar tahun akhir Ijazah Sarjana Muda Pengajian Quran dan Sunnah yang muncul Johan Qari, manakala Umar Syazuli, alumni pelajar Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah muncul sebagai Naib Johan Qari, dan Athirah Salihah muncul Naib Johan Kategori Hafazan 1 hingga 30 Juzuk. Aiman Ridhwan Mohamad Ramlan akan mewakili Malaysia di Majlis Tilawah dan Menghafaz al-Quran Peringkat Antarabangsa yang akan berlangsung pada Oktober ini. Majlis Tilawah dan Hafazan Al- Quran Peringkat Kebangsaan telah dirasmikan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dengan penyertaan 110 peserta tilawah dan hafazan mewakili 14 negeri. 3 Muhammad Nur Afiq Kamarul Arifen Shamsul Aiman Mu’amar Shamsul Bahrin JOHAN NAIBJOHAN Aiman Ridhwan Mohamad Ramlan Johan Qari Umar Syazuli Naib Johan Qari Athirah Salihah Naib Johan Kategori Hafazan 1 hingga 30 Juzuk Momen@USIM pada kali ini adalah nama program yang telah diberikan nafas baru, pemberian piala pusingan iaitu Piala Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti sebagai hadiah utama kejohanan ini termasuk hadiah wang tunai dan juga sijil” ujarnya. https://bit.ly/3cLoDj4 Jom Tonton KejohananMotivator PialaPengerusi LPU(I-Mac)2022 -PeringkatAkhir

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=