e-Risalah USIM - Edisi Jun 2022
JUN 2022 4 | KukuhJaringanDenganNegaraTimurTengah B ertepatan dengan tema sambutan ulang tahun penubuhannya pada 18 Jun baru- baru ini, “Melahirkan Muslim Profesional”, USIM menanam hasrat untuk melahirkan lebih ramai graduan profesional yang kompeten dan berdaya saing selaras dengan teras strategik yang telah digariskan. Bagi mengimbas semula nostalgia warga USIM dan Alumni serta memeriahkan sambutan ulang tahun penubuhan USIM, beberapa pengisian program telah direncanakan, termasuklah Majlis Bacaan Yasin Perdana, Forum Pengkisahan Sempena 22 Tahun USIM, Liga Komuniti, jualan cenderamata khas, dan pelbagai pengisian program iringan yang lain. SAMBUTAN22TAHUNUSIM K ira-kira 10 wakil kedutaan bagi negara-negara Timur tengah diraikan dalam satu majlis makan malam anjuran USIM bertempat di Pullman Hotel, Kuala Lumpur pada 21 Jun. 10 wakil kedutaan yang hadir termasuklah dari Yemen, Jordan, Palestine, Kuwait, Algeria, Iraq, Sudan, Morocco, Republik Arab Syria dan Turki. Majlis ini amat penting buat USIM dalam usaha untuk meningkatkan perkongsian antarabangsa terutamanya dalam usaha untuk meneroka ruang kerjasama strategik khususnya bagi meningkatkan enrolmen pelajar antarabangsa selaras dengan aspirasi Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) yang menyasarkan Malaysia sebagai tuan rumah kepada 250,000 pelajar antarabangsa menjelang 2025. Pada masa ini, Malaysia menjadi tuan rumah kepada lebih 131,000 pelajar antarabangsa yang mendaftar di seluruh Institusi Pengajian Tinggi Malaysia. Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti (LPU) USIM, YB Senator Datuk Dr. Haji Zulkifli Mohamad Al-Bakri dalam ucapannya berkata, Malaysia khususnya dan USIM amnya sentiasa berusaha untuk memastikan Pendidikan bertaraf antarabangsa dicapai dengan mempergiatkan pelbagai kegiatan bersama universiti di seluruh dunia. “Falsafah penubuhan USIM adalah paduan pengintegrasian ilmu Naqli dan Aqli bagi memperkasakan Pendidikan dan penyelidikan dunia Islam. Ini adalah antara program yang istimewa untuk memperkasakan keilmuan pelajar antarabangsa yang akan menyambung pengajian di Malaysia iaitu USIM khususnya”, ujarnya. Manakala Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi Prof Ts Dr Sharifudin Md Shaarani Yang Menjalankan Fungsi Naib Canselor turut menjemput pelajar antarabangsa untuk menyertai programmobiliti melalui Pelancongan Pendidikan (EduTourism) yang dijalankan untuk tempoh berdurasi satu hari sehingga enam bulan di USIM. Melalui program ini, para pelajar antarabangsa mendapat pengalaman dan pendedahan kepada kepelbagaian budaya tradisi dan warisan khususnya di Negeri Sembilan. “Selari dengan hasrat Kementerian Pendidikan Tinggi yang menyokong matlamat Pertubuhan Bangsa Bersatu dalam Pembangunan Lestari (SDG) mengenai Pendidikan Berkualiti, USIM turut menawarkan program Micro- credential iaitu kursus pendek untuk meningkatkan kecekapan pelajar dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam bidang tertentu turut menjadi inisiatif universiti dalam mencapai objektif pembelajaran berkualiti”. Kerjasama dan hubungan erat yang dibina bersama dengan negara-negara Timur Tengah ini merupakan satu bentuk pengukuhan dalam usaha USIM mengembangkan aspirasi pendidikannya secara menyeluruh di masa akan datang. https://bit.ly/3biLrXa Jom Tonton USIM-MiddleEast AmbassadorDinner
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=