e-Risalah USIM - Edisi Jun 2021
MEI 2021 9 | ProfDr.MohdRadhi Ibrahim BimbingOKUdalam Konteks Islam,USIMAnjur KempenSejuta Istighfar dilantik sebagai Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) Baharu USIM Dekan Pusat Pengajian Siswazah, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Profesor Dr. Mohd Radhi Ibrahim, telah dilantik sebagai Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) baharu USIM bagi tempoh tiga tahun bermula 15 Jun 2021 hingga 14 Jun 2024 menggantikan Profesor Dr. Abdul Rahim Abdul Rahman yang telah tamat lantikan. Pelantikan beliau dibuat oleh Menteri Pengajian Tinggi mengambil kira kepakaran, kelayakan dan pengalaman luas beliau dalam bidang akademik, khususnya dalam bidang Akidah dan Falsafah Islam yang bertepatan dengan teras USIM sebagai peneraju pengintegrasian Ilmu Naqli dan Aqli. Sebagai ahli akademik, beliau berperanan aktif dalam aktiviti-aktiviti penyelidikan, konsultansi, penulisan pelbagai jenis buku, jurnal, bab dalam buku, artikel popular serta pelbagai sumbangan penulisan lain yang berimpak disamping turut terlibat dalam akreditasi kualiti program akademik bersama Agensi Kelayakan Malaysia (MQA). Tahniah diucapkan! B eliau yang memiliki Ijazah Sarjana Muda Usuluddin dari University of al-Azhar (1996) menamatkan ijazah Sarjana juga dalam bidang yang sama dari Universiti Malaya (2000) sebelum mendapatkan ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang Epistemologi Teologi Islam (2009) dari University of Edinburgh (UK). Memulakan kerjaya sebagai pendidik di Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Sunway, Petaling Jaya, Selangor pada tahun 1997, beliau seterusnya mengembangkan sayap dalam bidang Pendidikan apabila memulakan tugasnya di USIM pada tahun 2000 dan merupakan antara kumpulan staf yang terawal berkhidmat di institusi ini. Berdasarkan kepakaran akademik dan jaringan industri yang dimiliki, beliau seterusnya diberi kepercayaan sebagai Pengarah Education Malaysia Egypt (2013- 2016) sebelum menjawat jawatan sebagai Dekan Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan (2017-2018) dengan jawatan terakhir sebagai Dekan Pusat Pengajian Siswazah. B agi menyokong usaha kerajaan membendung pandemik melalui pendekatan integrasi Naqli dan Aqli, Sekretariat Sahabat FAQEH USIM (SaF USIM) Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah dan Pusat Penyelidikan Ibnu Ummi Maktum (UMMI) USIM dengan kerjasama Yayasan Pendidikan al-Quran bagi Anak Istimewa (Yayasan FAQEH) mengambil inisiatif dengan menganjurkan Kempen Sejuta Istighfar@OKU BERISTIGHFAR. Kempen ini merupakan antara usaha menyokong pendekatan Twin-Track oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), iaitu ke arah mengupaya masyarakat dan memperkasa komuniti OKU. Menurut Dr Siti Fatimah Mohd Tawil selaku penyelaras SaF USIM, peranan SaF USIM sebagai sekretariat mahasiswa cakna OKU (MCO) adalah untuk menjadi nadi penggerak kepada kempen dan aktiviti Dakwah OKU. Muhammad Nabil Mohd Firdaus selaku pengerusi SaF USIM berkata, keunikan kempen ini adalah dengan wujudnya aplikasi khas iaitu aplikasi OKU Berdoa bagi membolehkan para peserta membuat kiraan jumlah istighfar mereka secara kendiri dan kiraan jumlah keseluruhan secara kumulatif. Pembangunan aplikasi OKU Berdoa ini ditaja oleh Syarikat AQWise Sdn. Bhd. Bagi komuniti OKU Pekak, video khas panduan beristighfar dirakam bertujuan membimbing komuniti istimewa ini berasaskan medium komunikasi mereka, iaitu Bahasa Isyarat Malaysia. Selain itu, sepanjang kempen ini berlangsung, poster 1 hari 1 Hadis berkaitan keistimewaan beristighfar turut disebarkan. Sehingga hari kelima kempen ini berjalan sebanyak 1,349,500 jumlah Istighfar telah direkodkan dari 485 orang peserta. JUN
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=