e-Risalah USIM - Edisi Jun 2021

MEI 2021 7 | “Meredah halangan mencipta mutu, mengharum negara seluruh bumi”. Inilah antara bait lagu Usim Terus Maju yang memberi kesan yang sangat mendalam kepada saya setiap kali menyanyikannya, dengan harapan suatu hari nanti, saya dapat menjadi insan yang berbudi dan menabur bakti buat negara serta ummah. Perjalanan 21 tahun ini pastinya tidak mudah. Apatah lagi apabila kita berada dalam situasi pandemik COVID-19 ini. Namun, itulah yang menjadikan USIM terus kukuh, berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan IPT yang lain meskipun baru berusia ‘21 tahun remaja’. We ♥ USIM. “ Solat Jumaat USIM 21 Tahun oleh Pusat Islam; dan Wacana Ilmiah Naratif Masa Depan: Memilih atau Dipilih anjuran bersama Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Majlis Perwakilan Pelajar USIM. “USIM telah pun melahirkan 25,269 orang alumni yang membawa namaUSIMdi serata pelusuk dunia. Dikesempatan ini juga saya ingin menyingkap beberapa pencapaian signifikan dan berimpak sepanjang 21 tahun penubuhan USIM antaranya adalah 82% program pengajian yang ditawarkan oleh USIM telah memperolehi akreditasi penuh oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA), USIM memperolehi penarafan lima bintang dalam Penarafan Bersepadu Institusi Pendidikan Malaysia (SETARA) 2018/2019”. “Kejayaan besar lain antaranya USIM berjaya mencapai penarafan 4 Bintang dalam Penarafan Bintang Malaysia Research Assessment (MyRA) 2020 untuk bidang penyelidikan dan inovasi, USIMmelalui ProgramEmpowering Youth for Drug-Free Community (EYDFC) telah diumumkan sebagai finalis di International Green Gown Awards 2021 (IGGA) dan yang terbaharu, Program Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang dan Syariah telah menerima pengiktirafan penuh oleh Lembaga Kelayakan Profesion Undang-Undang Malaysia”,tambahnya lagi. Jelasnya, VCT ini akan memberikan ‘lawatan ke USIM’ secara maya untuk melihat fakulti, kemudahan dan keindahan sekitar USIM ini. Merenung kembali pencapaian masa lalu, sambutan ulang tahun ini dilihat dapat menjadi satu wadah untuk mempamerkan potensi serta matlamat Universiti dalam menghadapi cabaran-cabaran yang mendatang meskipun berhadapan cabaran pandemik COVID-19. Sambutan ini juga sebagai satu manifestasi bagaimana warga USIM kekal bertahan disebalik semua kekangan dan kekurangan. Maizatul Husna Abdul Khair Pelajar Fakulti Sains dan Teknologi Alhamdulillah, tak dapat digambarkan betapa bertuahnya direzekikan menyambung pengajian di USIM, yang sangat menekankan kefahaman Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab. Pada zaman ini, rujukan- rujukan utama bidang ilmu lahir banyak dalam Bahasa Arab atau Inggeris. Dengan kefahaman kukuh dalam bahasa tersebut, graduan tidak hanya mampu merujuk rujukan kontemporari, bahkan juga rujukan turath. Terdapat juga pengajian talaqqi yang membantu mahasiswa/i untuk turut menguasai pelbagai bidang kesenian ilmu Islam. Maka graduan yang bakal lahir tidak hanya mahir dalam bidangnya sahaja, bahkan dapat memurnikan antara sistem kemodenan pada hari ini dan Syariat Islam. “ Tahniah kepada USIM kerana telah mencapai usia 21 tahun. Usia ini dapat dicapai kerana hasil usaha dan keringat seluruh warga USIM. Semoga pencapaian ini dapat dijadikan sebagai pembakar semangat buat seluruh warga USIM dalammeneruskan lagi agenda pengintegrasian antara ilmu Naqli & Aqli yang dimana memberi manfaat buat masyarakat. “ Muhammad Nor Adnin Zunaidi Pelajar Fakulti Ekonomi dan Muamalat Ahmad Haziq Ahmad Eaddie Hafizi Pelajar Fakulti Syariah dan Undang-Undang https://campustours.usim.edu.my Jom Jelajah VirtualCampusTour USIM JUN

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=