e-Risalah USIM - Edisi Jun 2021
YANG KE-21 USIM SAMBUT ULANG TAHUN Tanggal 18 Jun saban tahun Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) memperingati dan meraikan 21 tahun usia penubuhannya. Tarikh tersebut dipilih sebagai tarikh rasmi menyambut ulang tahun penubuhannya mengambil tarikh istimewa kemasukan 255 kumpulan pelajar pertama di universiti ini pada 18 Jun 2000. Sejak dari tarikh tersebut, USIM terus mengorak langkah dalam mencapai kemajuan menjadi universiti yang kompetitif setaraf dengan Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) lain di Malaysia. P rof Dato Dr Mohamed Ridza Wahiddin dalam ucapan khasnya sempena 21 tahun USIM mengajak warga kampus mengimbau sejarah penubuhan USIM yang sebelum ini dikenali sebagai Kolej Universiti Islam Malaysia(KUIM).Hasratpenubuhan KUIM ketika itu adalah selaras dengan manifestasi Kerajaan untuk melahirkan pemimpin Islam yang Pada tahun ini, tarikh istimewa tersebut jatuh pada hari Jumaat yang merupakan hari yang penuh dengan keberkatan bagi umat Islam. Oleh itu, sebagai memperingati tarikh istimewa ini, USIM mengaturkan beberapa program khas yang selari dalam norma baharu semasa. Majlis sambutan ulang tahun ke 21 dimulakan dengan pengisian utama iaitu Majlis Bacaan Yasin Perdana secara dalam talian yang disertai oleh Pengrusan Universiti, kakitangan, mahasiswa dan alumni menerusi aplikasi Zoom dan siaran di Facebook USIMTV. Sejurus selesai majlis bacaan yasin perdana, pengisian sambutan diteruskan dengan program iringan lain sepanjang sehari iaitu pelancaran laman web USIM Virtual Campus Tour (VCT), bacaan doa khas USIM 21 Tahun, program Dialog Kepimpinan Alumni anjuran Pusat Alumni dan Kerjaya; Khutbah Khas berwibawa dan dapat memelihara kepentingan negara dan umat Islam sepenuhnya. Selain itu ia berhasrat untuk menjadikan Malaysia sebagai model utama negara-negara Islam di dunia dan menjadi pusat kecemerlangan pendidikan dengan menggunakan kurikulum tempatan untuk memastikan keutuhan Islam dalam negara demi merealisasikan pembinaan tamadun baru Islam. Pada majlis tersebut turut diadakan pelancaran Virtual Campus Tour (VCT) USIM yang diterbitkan oleh Pusat Komunikasi Strategik (StraComm) dengan kerjasama SDEC. Encik Hammad Farhi Mohd Saudi Pengarah StraComm berkata, di kala negara masih dalam situasi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan sesi pengkuliahan dijalankan secara dalam talian, VCT ini merupakan medium yang sesuai mendekat USIM kepada masyarakat luar khususnya orang awam untuk mengenali USIM dengan lebih dekat lagi.
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=