e-Risalah USIM - Edisi Jun 2021

3 JUN 2021 | USIM mengucapkan setinggi penghargaan kepada LKPU atas pengiktirafan yang diberikan dan akan sentiasa mematuhi segala keperluan-keperluan yang ditetapkan oleh LKPU untuk dilaksanakan. Pengurusan Universiti turut merakaman terima kasih kepada Kementerian Pengajian Tinggi atas sokongan yang diberikan kepada universiti dan fakulti sepanjang proses ini. USIM komited dan memberi komitmen penuh terhadap segala syor-syor penambahbaikan yang dikemukakan oleh Jawatankuasa Penilaian untuk dilaksanakan diperingkat fakulti dan universiti. LKPU dalam mesyuarat yang diadakan pada 19 Mei 2021 telah membincangkan dengan teliti syor Jawatankuasa Teknikal Bersama (JTC) berhubung penilaian semula Program Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang dan Syariah USIM bagi memastikan pematuhan syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh Lembaga bagi tujuan pengiktirafan penuh program ijazah tersebut. Keputusan Lembaga adalah seperti berikut: 1 Graduan Undang-Undang USIM yang bergraduasi pada tahun 2018 dan ke atas adalah diiktiraf sebagai ‘orang yang berkelayakan’ berdasarkan Seksyen 3 Akta Profesion Undang-Undang 1976 dan dikecualikan daripada menduduki peperiksaan Certificate of Legal Practice (CLP); 2 Graduan Undang-Undang USIM yang bergraduasi pada tahun 2016 dan 2017 dan telah mendapat Certificate of Completion and Skill of Practical Training diiktiraf sebagai ‘orang yang berkelayakan’ berdasarkan Seksyen 3 Akta Profesion Undang-Undang 1976 dan dikecualikan daripada menduduki peperiksaan Certificate of Legal Practice (CLP); dan 3 Graduan Undang-Undang USIM yang bergraduasi pada tahun 2016 dan 2017 dan tidak mendapat Certificate of Completion and Skill of Practical Training dikehendaki menduduki dan lulus peperiksaan Certificate of Legal Practice (CLP).

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=