e-Risalah USIM - Edisi Jun 2021
MEI 2021 13 | Dalam isu ini, pihak TUDMsendiri telah mengeluarkan kenyataan bahawa apa yang telah berlaku semalam boleh mengancam kedaulatan negara Malaysia. Walaupun pihak Kedutaan China di Kuala Lumpur telah mengeluarkan kenyataan bahawa kejadian ini hanyalah latihan ketenteraan biasa yang dikatakan berketepatan dengan undang-undang antarabangsa berhubung kebebasan penerbangan, tindakan pihak China ini sememangnya patut dibantah secara tegas oleh negara Malaysia. Oleh kerana itu, Kuala Lumpur akan mengeluarkan notis bantahan kepada Beijing melalui Kementerian Luar, seperti yang dilaporkan oleh media pada awal pagi ini. Sebagai negara-negara Ahli kepada Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Malaysia dan China perlu menghormati kedaulatan dan hak berdaulat serta keutuhan wilayah masing-masing. Lagi pula, memandangkan Malaysia dan China merupakan negara Ahli kepada UNCLOS, kedua-dua negara perlulah patuh kepada kehendak perjanjian antarabangsa ini menerusi konsep undang-undang antarabangsa iaitu pacta sunt servanda dimana sebarang ‘Perjanjian antarabangsa perlulah dilaksana dan dihormati dengan sesuci hati’. Kesimpulan udara di zon itu, sepertimana yang diperuntukkan oleh Perkara 58(1) dibawah UNSLCOS. Akan tetapi, Perkara Perkara 58(1) UNCLOS ini perlu dibaca bersama-sama dengan beberapa peruntukan lain dibawahnya terutama sekali Perkara 88. Perkara 88 memperuntukkan bahawa perairan EEZ ini hanyalah boleh digunakan untuk tujuan keamanan. Walaupun Perkara 88 UNCLOS ini terpakai untuk zon laut lepas (high seas), akan tetapi, bagi tujuan pelayaran dan penerbangan, EEZ juga boleh dianggap sebagai zon laut lepas. Maka, ini bermakna Perkara 88 terpakai dalam konteks ini. Sewaktu menjadi negara Ahli bagi UNCLOS pada tahun 1996, Malaysia telah membuat pengisytiharan bahawa konvensyen ini tidak memberikan kebenaran kepada negara-negara lain untuk menjalankan latihan ketenteraan di dalam kawasan EEZ tanpa kebenaran negara pesisir berkenaan, dimana Malaysia ialah salah sebuah negara pesisir ini. Penggunaan ruang udara bagi tujuan latihan ketenteraan seperti yang berlaku semalam boleh ditakrifkan sebagai EEZ ini bukan bagi tujuan keamanan seperti yang termaktub didalam Perkara 88 diatas. Profesor Madya Dr. Mohd Hazmi Mohd Rusli dan Dr. Fareed Mohd Hassan adalah pensyarah di Fakulti Syariah dan Undang-Undang, Universiti Sains Islam Malaysia. Dr. Mohd Hazmi juga adalah felo bersekutu kanan di Asian Institute of International Affairs and Diplomacy (AIIAD), Universiti Utara Malaysia. JUN
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=