e-Risalah USIM - Edisi Jun 2021
Pesawat Tentera Udara China: Latihan Atau ‘Pencerobohan’? Menerusi kenyataan media yang dikeluarkan oleh Tentera Udara DiRaja Malaysia (TUDM), 16 penerbangan pesawat China yang mencurigakan telah dilaporkan memasuki ruang udara zon maritim Malaysia. Pesawat- pesawat ini terbang menghampiri 60 batu nautika daripada pantai Wilayah Sarawak serta mengubah arah penerbangan di ruang udara Beting Patinggi Ali yang berkepentingan kepada negara. Menerusi kenyataan media yang sama, pihak TUDM mengatakan bahawa kejadian ini merupakan perkara yang serius terhadap ancaman kedaulatan negara dan keselamatan penerbangan. Pencerobohan Sepertimana yang diketahui umum, China telah membuat tuntutan keatas kawasan yang luas di Laut China Selatan menerusi tuntutan sembilan garis putus (nine-dash line) yang mengunjur dari utara ke selatan sehingga ke perairan Sarawak. Melalui tuntutan maritim ini juga, ia turut juga merangkumi ruang udara di atasnya. Kawasan luas yang dituntut oleh China ini bertindih dengan wilayah maritim negara-negara sekitar yang juga dituntut oleh Malaysia yang mana Malaysia juga memiliki kedaulatan dan hak berdaulat ke atasnya. Sekiranya Malaysia berdiam diri, ini boleh memberi erti bahawa Malaysia membuat pengakuan terhadap keabsahan tuntutan sembilan garis putus yang dibuat oleh negara China di Laut China Selatan. Memandangkan pihak TUDM sendiri sudah mengeluarkan kenyataan bahawa peristiwa ini boleh mengancam keselamatan negara, wajar bagi Malaysia membantah apa yang dilakukan oleh pihak negara China ini. Tambahan pula, kebanyakan kawasan maritim di Laut China Selatan adalah kawasan Zon Ekonomi Ekslusif (EEZ) yang mana Konvensyen Undang-undang Laut Antarabangsa 1982 (UNCLOS) membenarkan pesawat asing untuk terbang secara bebas melalui ruang In Our Words 1 Jun 2021 bukan sahaja tarikh yang diingati kerana tarikh bermulanya pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Penuh (PKP), tetapi juga hangat dengan isu ‘pencerobohan’ ruang udara negara oleh pesawat tentera udara China. Ini menimbulkan beberapa persoalan yang hangat terutama dikalangan masyarakat di Malaysia samada ini adalah suatu bentuk pelanggaran ke atas keutuhan wilayah Malaysia sebagai sebuah negara merdeka yang berdaulat. JUN 2021 12 |
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=