e-Risalah USIM - Edisi Julai 2022
JULAI 2022 9 | Encik Mohd Salehudin Sukor Pengarah PRUPEL berkata, menu yang disediakan di kaferia kolej kediaman sebelum ini adalah menu yang mampu milik iaitu berharga RM5.00, dan para pelajar boleh menikmati nasi dengan lauk ayam beserta sayur atau ulam. Dengan subsidi yang diberikan oleh PWZ sebanyak RM1.50, para pelajar hanya perlu membayar RM3.50 sahaja. U SIM amat mengambil berat dan prihatin dengan pelajar berkeperluan yang memerlukan bantuan selaras dengan isu kenaikan harga barang dan keadaan hidup yang mendesak melalui penyediaan bantuan makanan dan program kebajikan. USIM bergerak untuk membantu pelajar berkeperluan melalui inisiatif jabatan seperti Bahagian Hal Ehwal Pelajar (BHEP), Pusat Wakaf dan Zakat USIM (PWZ), Pusat Islam dan Pusat Perumahan Pelajar (PRUPEL). Antara inisiatif utama USIM dalam membantu pelajar berkenaan isu kenaikan harga barang khususnya dalam kalangan golongan asnaf dan B40 adalah melalui Program Musaadah for Student, Food Bank Asnaf, Food@Campus secara one-off , Central Kitchen, Bantuan Prihatin PRUPEL dan bantuan agihan zakat. Program Musaadah for Student merupakan inisiatif daripada Yang Berhormat Senator Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti dengan kerjasama BHEP dan Majlis Perwakilan Pelajar USIM untuk membantu pelajar B40 melalui sumbangan makanan dan wang tunai. Seramai 340 orang pelajar telah menerima manfaat ini dan jumlah bantuan yang disampaikan adalah sebanyak RM24,100.00. Program ini merupakan inisiatif tambahan daripada Food Bank Siswa USIM yang telah dilancarkan pada tahun 2019. USIM juga dalam usaha untuk melancarkan Food Bank Asnaf yang memfokuskan bantuan makanan kepada pelajar daripada golongan asnaf dan B40 selain memperuntukkan sebanyak RM60,000.00 bagi inisiatif ini yang disalurkan melalui BHEP USIM. Turut disediakan bantuan berbentuk ready-to-eat food kepada pelajar melalui Central Kitchen yang diuruskan oleh Pusat Islam USIM. Sumbangan pek makanan disediakan pada setiap hari Rabu dan Khamis oleh staf dan Sekretariat Pusat Islam ini memberi manfaat kepada 300 orang pelajar yang berkunjung ke Pusat Islam USIM. Bersempena program Musa’adah It’am, Pengerusi Lembaga Pengarah universiti YB Senator Datuk Dr. Haji Mohamad Al-Bakri bersama Naib Canselor Prof. Ts. Dr. Sharifudin Md Shaarani serta pengurusan universiti turut serta turun padang ke Kafeteria Kolej Kediaman Satu untuk meninjau para pelajar membeli makanan di sana. USIM Cakna Isu Kenaikan Harga Barang, Salur Perkhidmatan Kebajikan Selain itu, Pusat Wakaf dan Zakat USIM juga telah membuat agihan zakat kepada pelajar berkeperluan dan bantuan ini telah memberi manfaat kepada 626 pelajar dengan jumlah agihan sebanyak RM379,700.00. Agihan zakat ini merupakan bantuan yang diberikan sebanyak dua kali setahun dan pelajar yang berkeperluan perlu membuat permohonan kepada PWZ untuk mendapatkan bantuan tersebut. Selaras dengan penubuhan Jawatankuasa Tindakan Sara Hidup Siswa Keluarga Malaysia oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) juga, USIM dalam perancangan untuk melaksanakan moratorium bayaran sewaan selama enam bulan mulai bulan Julai 2022 kepada pengusaha dan penyedia perkhidmatan makanan di dalam kampus agar tanggungan kos tersebut membolehkan pengusaha dan penyedia perkhidmatan makanan menurunkan harga makanan yang dijual kepada pelajar. Selain itu, Program Menu Jimat USIM juga turut akan diperkenalkan dengan harga yang berpatutan merangkumi set nasi berlauk dengan kadar harga RM3.50.
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=