e-Risalah USIM - Edisi Julai 2022

JULAI 2022 8 | M enyahut saranan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dalam usaha membantu meringankan beban pelajar dalam mendepani kenaikan harga barang, Universiti Sains Islam Malaysia di bawah keurusetiaan Pusat Perumahan Pelajar (PRUPEL) dengan kerjasama Pusat Wakaf dan Zakat (PWZ) mengambil inisiatif melaksanakan program Nasi Bujang berharga RM3.50 untuk menu makan tengahari kepada pelajar. KafeteriaSedia MenuNasi BujangMampu Milikuntuk Pelajar M engambil serius isu kemiskinan yang membelenggu rakyat Malaysia serta peranan dan keberkesanan institusi zakat di negara ini dalam menangani kadar kemiskinan, USIM dengan kerjasama Yayasan Basmi Kemiskinan, Yayasan Warisan Ummah Ikhlas, Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dan Majlis Belia Malaysia (MBM) mengambil inisiatif mengadakan Muzakarah Zakat Kebangsaan tahun 2022 yang kini memasuki siri ke-9. Dengan objektif utamanya untuk mengupas isu- isu zakat dan kemiskinan, muzakarah ini akan turut membincangkan kaedah penentuan indeks kemiskinan serta mencadangkan kaedah dan mekanisme terbaik dalam mengurangkan kadar kemiskinan di Malaysia. Yang Berhormat Senator Datuk Haji Idris Haji Ahmad, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dalam ucapan perasmiannya berkata, selaras dengan hasrat kerajaan ingin menghapuskan miskin tegar di negara ini menjelang akhir 2025, beliau mencadangkan 4 teras penting iaitu, pertama; Setiap agensi pemberi bantuan iaitu Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) dan institusi zakat, Unit Perancang Ekonomi (EPU), Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM), Unit Perancang Ekonomi Negeri serta semua pertubuhan bukan kerajaan (NGO) perlu bersatu padu dalam agenda kemiskinan. Kedua; memperkasakan dan memprofesionalkan amil kariah zakat dalam membantu MAIN mendepani agenda pemerkasaan zakat bersama komuniti dan masyarakat. Ketiga; mewujudkan Pasukan Khas Sejahtera Kemiskinan berasaskan komuniti setempat dan yang keempat; membangunkan sistem kemiskinan berasaskan komuniti setempat. Pendekatan lebih berfokus kepada lokaliti dan komuniti perlu digerakkan kerajaan berbanding bantuan subsidi secara pukal dan one-off . Pembangunan golongan miskin ini perlu bermula daripada pembentukan modal insan dan celik kewangan sebelum seterusnya diteruskan dengan latihan kemahiran yang sesuai untuk mereka mampu berdiri sendiri dan keluar dari kepompong kemiskinan. Antara pengisian dalam Muzakarah yang berlangsung selama dua hari muzakarah ini antaranya termasuklah pembentangan kertas kerja, siri wacana al-Quran, sesi perkongsian program CSR Industri, Tazkirah@MZK 2022, Forum Komuniti Asnaf: Zakat dan Kemiskinan serta resolusi muzakarah. Turut hadir ke Muzakarah Zakat Kebangsaan 2022 Kali Ke-9 adalah Naib Canselor USIM, Profesor Ts Dr Sharifudin Md Shaarani, Ahli Dewan Negara yang juga Pengerusi Lembaga Pengarah USIM, YB Senator Datuk Dr Haji Zulkifli Mohamad Al-Bakri, Pengerusi PPIM, Dato’ Nadzim Johan (Tok Ki), pegawai-pegawai kanan dan rakan industri. Muzakarah Zakat Kebangsaan 2022 Kupas Tema “Zakat dan Kemiskinan”

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=