e-Risalah USIM - Edisi Julai 2022

JULAI 2022 7 | Tempat Kepada Pelajar Lepasan SPM Ke Tamhidi USIM Tawarkan S emakan keputusan calon yang berjaya ditawarkan ke Tamhidi USIM yang dikeluarkan bermula 22 Julai lepas menunjukkan USIM menawarkan sebanyak 1326 tempat bagi Semester 1, Sesi Akademik 2022/2023. Penawaran sebanyak 1326 tempat itu merujuk kepada empat buah program Tamhidi iaitu Tamhidi Syariah dan Undang-Undang (380 orang), Tamhidi Sains Fizikal dan Teknologi (365 orang), Tamhidi Perakaunan dan Muamalat (310 orang) dan Tamhidi Perubatan Pergigian dan Sains (280 orang). Menurut Pengarah di Pusat Pemasaran dan Kemasukan Pelajar (PPKP), Prof. Madya Dr. Nurkhamimi Zainuddin berkata, penawaran sebanyak 1326 tempat itu telah mengambil kira kelayakan dan merit pelajar yang berjaya memenuhi semua syarat. Seramai 1324 tempat ditawarkan adalah melalui saluran UPUOnline manakala dua tempat lagi adalah melalui saluran kemasukan khas iaitu satu kepada pelajar tempatan dan satu bagi pelajar antarabangsa. ”Daripada data yang ditunjukkan, program Tamhidi Syariah dan Undang-Undang merupakan program yang paling mendapat sambutan. Ini mungkin berdasarkan minat dan kecenderungan pelajar untuk lebih mendalami bidang Syariah dan Undang-Undang,” katanya. “Program Tamhidi di USIM merupakan program persediaan selama setahun sebelum para pelajar melanjutkan pengajian di peringkat Sarjana Muda. Silibus kursus yang kompetetif ditawarkan pada dua semester amat membantu para pelajar untuk mempersiapkan diri ke peringkat Sarjana Muda,” katanya lagi. Pelajar baharu perlu membuat pendaftaran diri/Universiti secara dalam talian pada 4 hingga 7 Ogos 2022 manakala pendaftaran secara fizikal adalah pada 9 hingga 10 Ogos 2022, katanya lagi. 1326

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=