e-Risalah USIM - Edisi Julai 2022
JULAI 2022 6 | Gugusan A (Abu Bakar As-Siddiq) dinobatkan sebagai Juara Keseluruhan bagi Sukan Antara Jabatan yang berlangsung 18 hingga 22 Julai 2022 baru-baru ini. Sebanyak 25 pingat emas, 7 pingat perak dan 7 pingat gangsa berjaya diraih oleh para atlit dari kalangan staf pentadbiran dan akademik yang bertanding dalam 18 acara sukan mengikut kategori Lelaki dan Wanita; secara berkumpulan mahupun individu. Ketua Kontinjen Gugusan A, Dr. Hammad Farhi Mohd Saudi berkata walaupun tempoh persediaan bagi setiap acara sukan yang dipertandingkan singkat, tetapi semua atlit berjaya memberikan komitmen yang tinggi dan kesungguhan yang jitu untuk meraih pingat dalam setiap acara yang dipertandingkan. “Saya mengucapkan tahniah kepada semua yang menyertai acara sukan ini, menang dan kalah adalah adat resam pertandingan. Saya berharap pemenang acara sukan yang akan mewakili USIM ke pertandingan SUKUM September ini akan memberi persembahan yang terbaik dan mencipta lebih banyak lagi kemenangan” Sebanyak empat gugusan yang terdiri daripada gabungan Pusat Tanggungjawab (PTj) telah bertanding pada acara Sukan Antara Jabatan 2022. Mereka adalah Gugusan A (Abu Bakar As -Siddiq), Gugusan B (Umar Al-Khattab), Gugusan C (Uthman Bin Affan) dan Gugusan D (Ali Bin Abi Talib). Dr. Hammad Farhi Mohd Saudi Ketua Kontinjen Gugusan A Antara acara yang dipertandingkan adalah bola sepak, bola jaring, memancing, pentanque, memanah, golf, catur, kerum, olahraga dan tenis. Juara Keseluruhan Sukan Antara Jabatan Gugusan A
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=