e-Risalah USIM - Edisi Julai 2022
Harapan kepada USIM Idoladan rujukan dalambidanghalal? Fokusutamasertamisi danvisi yangakan dibawasepanjangtempoh3tahunprof sebagai NaibCanselor? Apabila memperkatakan tentang misi dan visi sebagai Naib Canselor, sudah pastinya tidak akan lari daripada aspirasi dan asas penubuhan sebuah universiti. Saya juga tidak terkecuali memasang hasrat untuk mengarus perdanakan pelajar-pelajar aliran agama untuk mengintegrasikan ilmu Naqli dan Aqli. Beberapa fokus yang akan diberi penekanan antaranya: KeterlihatanUSIM Keperluan untuk menghubungkan tenaga pakar di USIM dengan agensi-agensi penting dan diiktiraf. Ini bagi memastikan keupayaan dan sumbangan USIM dalam menangani isu-isu semasa negara dan seterusnya memberikan solusi kepada isu-isu tersebut demi kemaslahatan rakyat Malaysia. KampusPesisir@ProgramPesisir Pewujudan kampus dan pelaksanaan program pesisir sebagai langkah untuk melestarikan kewangan USIM, dengan mengenal pasti program pengajian yang berpotensi untuk dipasarkan ke luar negara dan juga sebagai satu usaha bagi meningkatkan jumlah enrolmen pelajar antarabangsa. Selain itu, kampus atau program pesisir ini menjadi salah satu platform untuk memberi peluang kepada semua lapisan staf USIM untuk menjalani latihan sangkutan di premis-premis pesisir dengan sasaran lokasi awal yang dicadangkan iaitu di London dan Istanbul. MenempatkankedudukanUSIM dalamkalangan2000 IPTterbaik menerusi beberapasistempenarafan antarabangsa “ Sekiranya sesuatu pekerjaan kita semai dengan minat dan laksanakan dengan penuh ikhlas, lelah dan penat itu tidak ada. Saya ingin mengajak semua warga USIM untuk bersama-sama melaksanakan usaha bagi merealisasikan agenda pendidikan tinggi negara dan seterusnya menjadikan USIM sebagai salah satu institusi yang boleh dijadikan sebagai penanda aras dalam usaha mewujudkan sistem pendidikan yang berteraskan nilai-nilai murni.” Idola dan pakar rujuk dalam bidang halal yang saya hormati adalah Allahyarham Prof Datuk Dr Yaakob Che Man . Beliau merupakan Saintis Halal pertama dunia dan juga pengasas Pengasas Institut Penyelidikan Produk Halal (IPPH), Universiti Putra Malaysia (UPM). Sumbangan yang ditinggalkan oleh beliau amat signifikan kepada kemajuan industri halal di negara ini. Dunia memandang dan menghormati Malaysia kerana standard halal yang sistematik dan realistik. JULAI 2022 5 |
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=