e-Risalah USIM - Edisi Julai 2022

U SIM telah menggerakkan kumpulan pertama sukarelawannya yang terdiri daripada 15 orang kakitangan dan pelajar ke Baling, Kedah bagi membantu mangsa banjir di enam buah kampung di Baling. Kampung-kampung yang terlibat dalam misi bantuan tersebut adalah Kampung Padang Dan, Kampung Iboi, Kampung Bok bak, Kampung Sadek, Kampung Tanjung dan Kampung Masjid Tiak. Turut hadir ke lokasi Menteri Besar Kedah YAB Dato’ Seri Haji Muhammad Sanusi Md Nor. Kumpulan sukarelawan USIM yang diketuai oleh Encik Nur Ekmal Buhary, Pengarah Pusat Sukan USIM mula bergerak kira-kira jam 9 malam 5 Julai lalu dengan membawa bersama barangan keperluan berupa bekalan makanan kering, ubat-ubatan, barangan keperluan bayi, keperluan solat seperti telekung, kain pelikat dan sejadah, selimut, bantal, tikar serta peralatan-peralatan pembersihan pasca banjir seperti water jet dan detergen. Naib Canselor USIM, Yang Berbahagia Profesor Ts. Dr. Sharifudin Md Shaarani yang hadir melepaskan flag off kumpulan sukarelawan berkata, empat buah kenderaan pacuan empat roda dan satu van telah dikhaskan untuk membawa para sukarelawan dan barang- barang keperluan untuk tujuan bantuan awal ke lokasi-lokasi bencana. Pengumpulan barangan untuk sumbangan kepada mangsa banjir ini telah digerakkan bagi memberi peluang kepada warga USIM khususnya untuk turut membantu meringankan beban mangsa yang terlibat. “Cakna dengan situasi semasa yang berlaku di Baling ketika ini, pihak USIM sentiasa terbuka dalam memberikan bantuan kepada mangsa yang terkesan dengan bencana alam dan saya turut merakamkan ucapan terima kasih kepada semua sukarelawan yang terlibat dalam misi bantuan prihatin banjir ini sama ada secara langsung atau tidak langsung dan kekal menjaga keselamatan dan kesihatan mereka sepanjang operasi ini.” ujarnya lagi. Turut menyertai misi bantuan di Baling ini termasuklah Pengerusi Lembaga Pengarah USIM, Yang Berhormat, Senator Datuk Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri. M engambil keberkatan peristiwa dan pengorban Nabi Ibrahim A.S sempena Hari Raya Aidiladha, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah menganjurkan Majlis korban Perdana 2022 1443H bertempat di Kompleks Islam Tuanku Muhriz pada 12 Julai 2022. Sebanyak 12 ekor lembu telah dikorbankan, di mana sebahagiannya adalah sumbangan dari Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti dan Ahli Dewan Negara untuk agihan kepada warga USIM dan sekitarnya. Manakala selebihnya dimasak untuk jamuan kepada kira-kira 1200 orang tetamu seusai Solat Zohor. Program gotong-royong mendapat sambutan penyertaan seramai 189 orang sukarelawan pelajar dan staf yang membantu dalam aktiviti melapah, memotong daging dan juga memasak. Menurut Pengarah Pusat Islam Dr. Asharaf Mohd Ramli, program korban perdana kali ini mendapat sambutan dari kalangan staf untuk mengambil bahagian dan merupakan program korban kali pertama yang diadakan selepas pandemik COVID-19. Persiapan dibuat lebih awal dan teratur bagi memastikan segala yang dirancangkan berjalan lancar. BencanaBanjirBaling,USIM HantarBantuanSukarelawan 12ekorLembu ‘tumbang’untuk MajlisKorban PerdanaUSIM2022 https://bit.ly/3QKUdwl Jom Tonton ProgramKorban PerdanaUSIM https://bit.ly/3PK44kY Jom Tonton MisiBantuan PrihatinBanjirUSIM keBaling,Kedah JULAI 2022 12 |

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=