e-Risalah USIM - Edisi Julai 2022

JULAI 2022 11 | InkubatorKobunPokanUSIM,Bursa MalaysiaTajaSetHidroponikKepada 50KeluargaPPRIntanBaiduri B ertepatan dengan slogan ‘University for Society-U4S” yang digagaskan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015-2025, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) melalui Pusat Kelestarian dan Kesejahteraan (C4SS) menyahut saranan dengan menganjurkan Program Inkubator Kobun Pokan di Perumahan Rakyat (PPR) Intan Baiduri, Kepong Utara Kuala Lumpur. Sejumlah 50 set lengkap hidroponik kobun pokan yang ditaja oleh Bursa Malaysia disumbangkan kepada 50 buah keluarga PPR Intan Baiduri. Prof Dato’ Dr Muhammad Tauffik Mohd Noor, Pengarah Pusat Libatsama Masyarakat dan Jaringan Industri (PLiMJI) berkata, program Inkubator KobunPokanadalahsuatu inisiatif para penyelidik di USIM yang telah berjaya menghasilkan set hidroponik kobun pokan yang unik dan mempunyai ciri-ciri tersendiri dan menarik. Set ini telah mendapat status hak cipta (copyright) dan sedang diusahakan untuk mendapat pendaftaran “patent”. Set Kobun Pokan telah dihasilkan di dalam beberapa rekabentuk dan saiz serta telah dilaksanakan di beberapa institusi dan perumahan komuniti di Negeri Sembilan. “Produk yang unik ini bukan sahaja tidak memerlukan ruang yang besar, malah kos penyelenggaraannya juga adalah rendah. Sekiranya ia dijaga dan diusahakan dengan baik, maka para penerima dan keluarga dapat menikmati sayuran yang segar, selamat dan semestinya membekalkan nutrisi bagi kesihatan tubuh badan. Ini seterusnya penting bagi mengurangkan kos langsung perbelanjaan dapur, disamping dapat melahirkan generasi yang sihat dan semestinya menjadi aset penting kepada negara”, tambah beliau lagi. Misi dan usaha pembangunan sosioekonomi masyarakat adalah antara halatuju utama pengurusan, pendidikan dan penyeldikan di USIM. Dalam usaha merakyatkan universiti melalui model “Quadruple Helix Engagement” memperlihatkan, kelestarian hubungan antara universiti, kerajaan, industri dan komuniti dalam memberi impak kepada masyarakat bagi membentuk perubahan ilmu pengetahuan, sikap, kemahiran dan aspirasi. Turut hadir ke majlis penyerahan ini adalah Prof. Madya Dr Mohd Zin Kandar Pengarah C4SS USIM, Encik Izzat Hafizuddin Setiausaha Jawatankuasa Agihan Zakat Bursa Malaysia, Encik Zulkifli Abdullah Pengerusi Persatuan Penduduk PPR Intan Baiduri. USIMSantuni AlumniOman, TingkatKerjasama dalamBidang Akademik U SIM baru-baru ini menerima kunjungan daripada alumninya yang berasal daripada Oman yang kini merupakan kakitangan akademik di Kolej Agama Islam, Kementerian Agama dan Waqaf Oman. Dalam pertemuan yang dihadiri oleh Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Profesor Dr. Adnan Mohamed Yusoff serta pegawai universiti dan wakil alumni tersebut, beberapa perancangan kerjasama dalam bidang akademik dan masa depan jaringan akademik bagi calon pelajar dari negara timur tengah tersebut telah dibincangkan. Antaranya termasuklah peluang untuk menjalinkan kerjasama dalam penyelidikan dan penerbitan melalui program penempatan sabatikal di USIM. Kerjasama ini sekiranya direalisasikan dengan baik, berupaya untuk menyemarakkan semula kehadiran pelajar antarabangsa terutama dari negara Oman ke USIM dan hubungan dua hala antara institusi pendidikan berkaitan. Hal ini selaras dengan usaha kedua-dua buah negara dalam merancakkan semula aktiviti pengantarabangsaan dalam bidang akademik yang terhalang selama hampir dua tahun disebabkan oleh pandemik COVID-19. Diakhir pertemuan, kedua-dua pihak bersetuju agar hubungan yang sedia terbina ini dikukuhkan dengan beberapa siri program/aktiviti yang bersifat akademik yang akan diteruskan dalam masa terdekat.

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=