e-Risalah USIM - Edisi Julai 2022

JULAI 2022 10 | USIM-JKKNLancarBukuMonograf Budayadi IstanaBudaya S ebuah buku yang memuatkan buah fikir budayawan, cendekiawan dan penggiat seni budaya tanah air berjudul Monograf Budaya ”Sembang Bukan Gebang” telah dilancarkan oleh Sasterawan Negara Datuk Dr. Siti Zainon Ismail bertempat di Istana Budaya. Buku berjudul ‘Monograf Budaya Sembang Bukan Gebang’ adalah terbitan secara kerjasama Pusat Kebudayaan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) serta Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) dalam usaha menerbitkan bahan-bahan rujukan seni budaya yang berautoritatif bersama institusi pengajian tinggi. Inisiatif penerbitan yang mengangkat program bual bicara maya ke naskhah penulisan meliputi topik- topik perbincangan berkaitan perkembangan semasa seni budaya negara menggabungkan konsep 3P iaitu Pentadbir Seni, Pengkaji Seni dan Penggiat Seni budaya tanah air dilihat selari dengan fungsi JKKN dalam usaha melaksanakan pembangunan, pendokumentasian dan penerbitan agar dapat disebar luas kepada segenap lapisan masyarakat. Penerbitan Buku Monograf Budaya ’Sembang Bukan Gebang’ (SBG) dihasilkan daripada program bual bicara SBG yang telah diadakan sebanyak dua musim bermula 20 Jun hingga 28 November 2021 semasa tempoh pandemik COVID-19. Sejumlah 15 episod diterbitkan dengan membicarakan pelbagai topik antaranya lagu puisi, teater Malaysia, busana Melayu, syair Melayu, tarian tradisi, Hang Tuah simbolisme kepahlawan Melayu, filem Malaysia, Intensiti syiar Islam dan masa depan orang seni. Buku ini mengandungi 16 penulisan artikel dengan melibatkan 17 orang penulis terdiri daripada panel program SBG dan penulis jemputan yang mempunyai kebitaraan dalam bidang seni budaya yang diceburi. Antara penulis yang terlibat dalam penulisan monograf ini ialah Karyawan Seni USIM Siso Kopratasa, karyawan teater Dr. Rosminah Mohd Tahir, Prof. Dr. Supyan Hussin, Zulkifli Ab Rashid, Dr. Kamarulzaman Mohamed Karim atau Mantabla, Prof. Madya Dr. Indirawati Zahid, Ismail Ahmed, Cef Fikree Aznan, Dr. Azizah Abdullah, Prof. Madya Dr. Mohd Azam Sulong atau Azam Dungun, Hazelina Ghazaly, Zaiton Hasan, Wanza Mohamad, Muhammad Hasif Idris, Prof. Datuk Seri Dr. Awang Sariyan, Ramlee Wahab dan Ezlina Alias. USIMsertaiAseanHalal Ekspo2022diThailand U SIM turut serta dalam memeriahkan Asean Halal Ekspo 2022 di Pattani Thailand baru- baru ini. Ia bertujuan bagi meluaskan jaringan kerjasama antara syarikat-syarikat korporat, usahawan dan entiti Pendidikan dalam memajukan industri Halal di negara- negara Asean. Program anjuran Prince Songkla University (PSU) dengan kerjasama Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) dan beberapa syarikat korporat seperti Uniti Asia Link Sdh Bhd, UNITI Group, dan One Stop Centre (syarikat pengimport dan pemasaran di Thailand) dirasmikan oleh Mananya Thaiset, Timbalan Menteri Pertanian dan Koperasi, Thailand. Asean Mall yang dipilih sebagai lokasi ekspo tahun ini dilihat bersesuaian dengan visi dan misi Asean Mall itu sendiri iaitu untuk meluaskan pasaran produk-produk Halal di negara-negara Asean seperti Thailand, Malaysia, Vietnam, Kemboja dan Indonesia. Sepanjang empat hari berlangsung, pelbagai program telah diadakan antaranya Forum Halal, Demo Masakan Halal Food Test, Business Matching, Child Education Welfare Program dan sebagainya. Momen@USIM

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=