e-Risalah USIM - Edisi Julai 2021
In Our Words T ahun 2021 melakar satu lagi sejarah baru kepada USIM apabila sebuah Pusat Tanggungjawab (PTj) baru telah diwujudkan di USIM setelah usul penubuhannya diluluskan oleh Jawatankuasa Pengurusan Universiti pada Disember tahun lalu. PTj yang pada mulanya dinamakan Bahagian Pengurusan Risiko & Integriti, Pematuhan Syariah dan Keselamatan Pekerjaan (BPRIPSKP) ini kini dikenali sebagai Bahagian Pematuhan Syariah, Integriti, Pengurusan Risiko dan Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan dengan akronim Bahasa Inggerisnya iaitu SCIROSH. Penubuhan PTj ini dilihat selaras dengan hasrat Universiti bagi merealisasikan pembudayaan dan pelaksanaan nilai-nilai utama konsep Kampus Barakah melalui usaha- usaha pengukuhan, pengesanan dan pematuhan aspek pematuhan syariah, integriti, pengurusan risiko dan keselamatan dan kesihatan pekerjaan. Jika sebelum ini pentadbiran dan governan tiga aspek ini terpisah-pisah di bawah PTj yang berbeza, kini pemerkasaan aspek-aspek ini diharapkan lebih efektif apabila diletakkan di bawah satu bumbung PTj yang sama. SCIROSH PemacuUsahaPematuhanSyariah, Integriti, PengurusanRisikodanKeselamatandan KesihatanPekerjaandi USIM JULAI 2021 8 |
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=