e-Risalah USIM - Edisi Julai 2021
7 JUN 2021 | JULAI “Perasaan mula-mula risau untuk divaksin kerana mendengar macam-macam khabar angin. Saya peminat bola sepak, bila menonton UEFA European Football Championship (EURO), menariknya mereka di sana sudah bebas ke stadium tanpa memakai pelitup muka kerana sudah divaksin. Jadi saya rasa takda masalah dan Mufti sudah maklum vaksin ini Harus dalam Islam” Ismail Bin Naim, 67 tahun, Pesara Kerajaan “Saya berharap setelah divaksin, saya akan bertambah sihat, kerana sebelum ini saya mendengar macam- macam khabar angin, sehingga tidak dapat tidur malam sehari sebelum divaksin kerana risau akan menjadi sakit, tetapi saya datang juga kerana hendak negara kita bebas dari Covid-19. Saya berharap mereka yang belum mendaftar, segara mendaftar di MySejahtera.” Anthony, 65 Tahun, Pekerja Swasta, Seremban. “ساي حاضر برسأورڠن اونتوق منريما ۏكسين. سبلوم اين ساي هاڽ مليهت اوسيم دري لوار كران برولڠ-عليق ك كوالا لومڤور. اين كالي ڤرتام ساي برڤلواڠ ماسوق ك سيني دان ساڠت تروجا مليهت اوسيم دري جارق دكت. اونتوق مريك يڠ باكل منريما ۏكسين، جاڠن ريساو كران سجق كيت لاهير سهيڠڬ هندق منونايكن حاج كيت ڤرلو منريما سونتيكن ۏكسين دان راسڽ سام سهاج.” عبدالرحمن بن اسماعيل, ڤسارا کراجاءن, تاهون٫ سناواڠ. ٥ ٦ “Sepanjang saya menjadi sukarelawan di sini, banyak pengalaman dan kenangan yang saya perolehi kerana setiap hari akan berjumpa dengan individu yang berbeza-beza, antaranya menasihatkan supaya saya menjaga diri dan ucapan terima kasih dari penerima vaksin. Cabaran pula, saya ada berjumpa dengan mereka yang takut sehingga menggigil untuk divaksin, kami di sini akan cuba menenangkan mereka dan memberitahu tiada apa yang perlu dirisaukan.“ Lt.M (PA). Nurul Atierah Alwani bt Mohamad Zanudin Pelajar USIM
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=