e-Risalah USIM - Edisi Julai 2021
JUN 2021 6 | LAI 2021 “Kerjaya sebagai seorang pendidik iaitu seorang guru di Bandar Seri Jempol, Negeri Sembilan menuntut saya untuk mengambil vaksin bukan sahaja sebagai satu tanggungjawab dan amanah untuk melindungi diri sendiri, bahkan untuk melindungi pelajar-pelajar apabila sekolah di buka nanti. Justeru, kepada semua rakyat Malaysia, terus lindungi diri, ikhtiar dan bersama-sama memastikan negara kita bebas dari COVID-19.” - Shahrunniza Sidik @ Hussain MRSM Serting “Saya pelajar Kursk State Madical University Russia, sudah dua semester belajar secara online. Saya mengambil vaksin ini kerana saya mengharapkan negara dan dunia bebas dari Covid-19 dan saya boleh berada di kampus di Russia untuk menyambung pengajian seperti sebelum ini, boleh berjumpa dengan rakan-rakan kuliah dan pensyarah untuk belajar secara bersemuka. Mengambil vaksin ini merupakan tanggungjawab ke atas semua rakyat Malaysia kerana negara kita perlu mencapai imuniti kelompok dan boleh bebas bergerak seperti dahulu.” -Nur Afiqah Binti Azme, Kota Seriemas, Nilai. Tampil hadir menggayakan topeng muka dan helmet ‘Star Wars’, Encik Mohd Syafiq Mahad atau lebih dikenali sebagai Ebet di kalangan keluarga dan rakan-rakan menjelaskan ianya melambangkan perlindungan daripada segala musuh seperi wabak Covid-19 yang melanda dunia. Beliau yang berasal dari Nilai telah melengkapkan 2 dos vaksin berkata ianya juga sebagai solidariti untuk perlindungan diri dan berharap negara Malaysia akan kembali normal seperti dahulu bebas bergerak ke mana sahaja. “Saya menyertai sukarelawan kerana saya ingin menimba pengalaman dan merasai sendiri tugas-tugas barisan hadapan walaupun apa yang saya sertai ini tidak setanding dengan jasa mereka. Peringatan kepada mereka yang sudah mendaftar di MySejahtera, sentiasalah mengemaskini supaya anda tidak terlepas tarikh untuk divaksin dan sama-sama kita bebas dari virus Covid-19.” -Sharifah Shaherah Syed Nasir, Penerbitan, USIM.
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=