e-Risalah USIM - Edisi Julai 2021

5 JUN 2021 | MenteriBesarNegeriSembilan lancarPPVIPTMegaUSIM DatukSeriNoraini tinjauoperasi PPVIPTdiUSIM K ebersamaan warga USIM dalam menangani wabak pandemik COVID-19 dan merupakan suatu bentuk kolaborasi yang unik bersama-sama dengan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan, COVID-19 Immunisation Task Force (CITF), Kementerian Kesihatan Malaysia dan juga ProtectHealth Corporation Sdn Bhd. Menurut YAB Dato Seri Haji Aminuddin Harun Menteri Besar Negeri Sembilan, pembukaan PPV Mega USIM ini diharapkan dapat meningkatkan lagi kadar rakyat Negeri Sembilan yang menerima suntikan vaksin agar dapat melandaikan lengkung jangkitan Covid-19 di Negeri Sembilan khususnya dan negara amnya. “Sebanyak lima buah PPV lagi akan mula dibuka hari ini sebagai tambahan kepada 94 buah PPV sedia ada di negeri ini ketika ini. Ia adalah di Dewan Pusat Islam Rantau, Dewan Besar Gemas di Tampin, Dewan Majlis Perbandaran Jempol, Kompleks Sukan Komuniti Felda Palong 6 dan Dewan Orang Ramai Sendayan”, ujarnya lagi. Turut hadir YB Dato Dr Razali Ab Malik Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan, YB Tuan Arul Kumar A/L Jambunathan Adun Nilai Exco Kerajaan Negeri, serta Prof Dr Muhammad Shamsir Mohd Aris Pengarah PPV IPT Mega USIM serta pengurusan universiti. M enteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad berpuas hati dengan persiapan dan operasi yang telah dilakukan oleh USIM dalam menguruskan Pusat Pemberian Vaksin Institusi Pengajian Tinggi (PPV IPT). “Terima kasih kepada Prof. Dato’ Dr. Mohamed Ridza Wahiddin, Naib Canselor USIM dan Prof. Dr. Muhammad Shamsir Mohd Aris, Pengarah PPV IPT Mega USIM yang telah bertungkus lumus menjayakan operasi PPV IPT ini”. “Selain daripada petugas dari Badan Bertindak Imunisasi Covid-19 (CITF), MyVac, RELA dan Angkatan Pertahanan Awam (APM), seramai 80 petugas dari USIM yang terdiri 60 kakitangan medikal dan 20 bukan medikal turut terlibat dalam pengoperasian PPV IPT ini”. ujarnya Dalam sidang media selepas lawatan tersebut juga, Datuk Seri Dr. Noraini turut memuji inisiatif yang dilakukan oleh Pentadbir USIM melalui Persatuan Pegawai Tadbir dan Ikhtisas USIM (PRAGMATIS) dalam menyedikan keselesaan kepada orang ramai yang datang ke PPV IPT ini. “Pentadbir USIM telah menggerakkan usaha mengumpul dana bagi pembelian 50 unit kerusi roda berharga RM250 sebuah untuk disumbangkan ke PPV IPT Mega USIM. Usaha ini telah mencapai sasarannya dan ke semua kerusi roda ini sudah mula dimanfaatkan untuk kegunaan orang ramai sejak hari pertama PPV IPT Mega USIM ini beroperasi. Usaha ini merupakan satu contoh sikap keprihatinan warga universiti yang tinggi terhadap keperluan masyarakat” tambahnya. JULAI https://bit.ly/3z09lgMt Jom Tonton PelancaranPusat PemberianVaksinIPT MegaUSIM https://bit.ly/3yTB96r Jom Tonton SalamUSIM-LawatanYB MenteriKPTkePPVIPT MegaUSIM

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=