e-Risalah USIM - Edisi Julai 2021

3 JULAI 2021 | Naib Canselor Prof Dato Dr Mohamed Ridza Wahiddin dalam ucapannya berkata, masyarakat dilihat sangat optimis dengan dengan kehebatan yang dijanjikan oleh teknologi, namun tidak menafikan bahawa teknologi juga mudah untuk disalahgunakan dan mencetuskan kerunsingan lain. Etika memainkan peranan yang penting dan perlu diterapkan dalam diri seluruh rakyat Malaysia. Not Sure, do not Share! Beliau menambah lagi, bertepatan dengan moto USIM iaitu berilmu, berdisiplin dan bertakwa, USIM sentiasa berusaha untuk terus menjadi relevan dalam masyarakat sebagai peneraju kemajuan intelektual yang berpaksikan takwa. Berbidang bitarakan integrasi ilmu Naqli dan Aqli, USIM telah menyemai budaya prosumerisme dalam kalangan warganya agar Misi USIM 2022 tercapai iaitu mentransformasi USIM sebagai Universiti Sains Islam Glokal berimpak tinggi. “Dalam menjayakan agenda prosumerisme ini, semua pihak baik kakitangan akademik, kakitangan pentadbiran mahupun mahasiswa dan mahasiswinya, dianjurkan untuk menjadi penyumbang kepada masyarakat yang proaktif dalam lapangan intelektual, sosial, ekonomi dan pelbagai ruang lingkup kehidupan”, ujarnya lagi. Persidangan yang berlangsung selama dua hari bermula pada hari ini sehingga 11 Julai 2021 turut mendapat kerjasama dari Universitas Muhammadiyah Jakarta (UMJ), Universitas Muhammadiyah Yogjakarta (UMY). USIM salur sumbangan, hargai jasa petugas sukarelawan terkesan Covid-19 U SIM melalui Pusat Islam serta Jawatankuasa Sukarelawan (Bukan Kesihatan), Pusat Pemberian Vaksin (PPV) IPT Mega USIM menzahirkan keprihatinan kepada petugas sukarelawan dalam dan luar USIM yang terkesan dengan Covid-19. Inisiatif ini merupakan satu bentuk penghargaan atas komitmen mereka dalam memastikan proses pemberian vaksin di PPV ini berjalan dengan lancar. Enam petugas yang terkesan telah menerima sumbangan berbentuk wang tunai daripada Dana Khas Kebajikan Tabung Kebajikan Pusat Islam USIM. USIM hantar pulang pelajar S eramai 555 pelajar USIM yang berada di kampus terlibat dengan Program Pergerakan Pulang Pelajar sempena cuti semester, sesi akademik 2020/2021 bermula 27 Julai 2021. Daripada jumlah tersebut, USIM menguruskan penghantaran pulang seramai 305 orang pelajar menggunakan kenderaan yang disediakan pihak universiti. Penghantaran pelajar ini dilaksanakan secara berperingkat, iaitu sebanyak tiga fasa melibatkan 11 buah negeri. Terdapat juga pelajar yang memilih untuk terus berada di kampus semasa cuti semester dan pihak universiti akan memastikan kebajikan dan keselamatan mereka diberikan perhatian. Pihak USIM ingin merakamkan ucapan penghargaan kepada pihak Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) atas keperihatinan dan kebenaran bagi penghantaran pergerakan pulang para pelajar. Momen@USIM

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=